Tuesday 7 December 2010

Winter, bukan penyejuk hati..

Bismillah.

Sudah 4 hari rasanya Leicester tidak menerima kunjungan salji. Bila baca berite tentg keadaan tempat lain yang agak teruk, rasa sangat beruntung kerana tidak perlu kami mengharungi salji untuk ke kelas. Minggu lepas, memang banyak gila orang yang jatuh. Walaupun jalan kaki, tetap dah 2 orang jatuh betul2 depan mata aku sendiri. Walaupun Leicester sudah tiada salji, tapi keadaan di sini masih lagi sejuk. Nak tahu berapa? Diorang kata semalam negatif tujuh, -7 darjah celcius!!

Bayangkan seolah-olah anda duduk di peti ais sambil pakai winter coat. Lebih panas rasanya kat dalam peti sejuk tu berbanding berada kat luar ni, sebab dalam peti sejuk mana ade angin kan? Tapi, Allah bagi suatu pemandangan yang sangat Indah. Bila tiada salji, pokok2 yang ade kat sini tidak diliputi dgn salji tetapi air2 di dahan pokok menjadi beku dan cukup cantik sekali. dan bende len pun turut beku gak. Pendek kata, memang semua bende yang ade di luar menjadi beku, dan Leicester ni ibarat peti sejuk yang dalamnya ade pokok2 sebesar menara condong teluk intan. Hehe

Pokok-pokok yang dibekukan

Jangan tertipu dgn cahaya matahari. Basikal pun mengalami proses pembekuan. Sape la punye basikal ni

Pemandangan di victoria park.

Hari ni, aku dihadiri penyakit hati. Terasa sangat geram kat seseorang petang tadi. Syaitan ni memang pandai buat orang berkelahi dan benci antara satu sama lain. Nak tak nak, aku selaku manusia biasa tetap ade perasaan sebegitu dalam hati ni. Nak contohi nabi yang hebat sangat2, x mampu rasanya. Hebatnya kisah nabi dengan perempuan yahudi, hebatnya doa nabi terhadap penduduk Thaif yang ketika itu turut mengundang kemarahan Jibril. Menangis bila dengar kisah nabi ketika sembahyang, lalu terdengar para sahabat bunyi seolah-olah tulang bergeseran. Rupe2nya, itu bunyi batu yang nabi ikat di perut untuk menahan lapar. Hebatkan nabi?

Petang tadi lepas solat maghrib, aku terpikir..

Ramai manusia, kalau melihat orang lain senang, dia juga mahu tumpang kesenangan. Tapi bila die dalam keadaan yang senang, die pula yang sukar melihat orang lain dalam kesenangan.

Ramai manusia, bila dirinya dalam kesusahan, die mahu orang lain turut merasai kesusahannya. Tapi bila orang lain dalam kesusahan, die berharap kesusahan itu tidak menyusahkan dirinya pula.

Tapi manusia yang paling teruk ialah manusia yang suka menyusahkan orang lain, semata-mata kerana mahukan kesenangan untuk dirinya sahaja. Hati-hati, kita semua kadang-kadang rapat dengan penyakitnya.

Hati mudah untuk merasa panas dengan seseorang. Marah dengan seseorang, benci dengan seseorang. Sesejuk mana pun winter, ianya tak mungkin dapat menyejukkan hati. Hanya Allah yang mampu menyejukkan hati kita. Maka lazimilah Zikrullah kerana ianya mendekatkan kita dengan Allah. Mudah-mudahan yg menulis ni pun laksanakannya.

Mask rider.. Naik basikal memang kene la pakai mcm ni, kalo tak sejuk gile pipi dan telinga. Bertukar!!

Sekian dari Syuib0809..

7 comments:

  1. MasyaAllah...indah sungguh pemandangannya. Sy pun meyaksikannya secara live dgn mata kepala saya sendiri. Sungguh, ia adalah satu tanda bahawa alam ini ada Penciptanya. Tapi orang Kristian pun kata bahawa dia percaya kewujudan sang pencipta. Apa bezanya kepercayaan kita dgn mereka? Mereka tidak dapat membuktikan kebenaran agama mereka. Tidak seperti agama Kristian, Islam didatangkan dgn bukti. Banyak kejadian saintifik diterangkan dalam al-Quran secara jelas, tapi tdk pada Bible (yg telah diolah).

    Hati manusia mmg begitu. Kalau ia baik, maka baiklah seluruh badan, kalau tdk, buruklah tingkah laku pemilik hati tersebut. Gabungan hati yang terdidik dan nafsu yang terkawal sentiasa dapat menghasilkan insan terbaik sebagaimana yang telah diwahyukan dalam surah At-Tin. Insya ALlah abg Izuan mempunyai kedua2nya utk menjadi sebaik2 insan.

    Harap abg Izuan tak bosan dgn komen sy yg ntah apa2 ntah kat sini. Kalau ya bg tau, nnt sy stop komen. Salam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen.

    Saya sangat suka dengan komen-komen dari dik Lorenz. Jadi, teruskan mengomen. Kalau tak memang blog ni senyap je rasa.

    Adakah kita percaya Islam kerana bukti saintifik yg ada dalam Quran? Agaknya bagaimanalah para sahabat yang awal memeluk Islam percaya kepada Quran, sedangkan mereka hanya mendengar ayat2 Quran yg tidak lnsung berbentuk "saintifik"?

    Hebatnya sahabat kerana PERCAYA.
    Lebih hebat Allah yang membuatkan mereka jadi PERCAYA.

    ReplyDelete
  3. Org Kristian tetap dgn agama mrk hanya krn kepercayaan (faith) semata-mata. Tiada bukti yg jelas agama mrk benar. Tapi org Islam yakin Islam itu benar sbb PERCAYA di samping bukti2 nyata yg terdapat dalam al-Quran.

    Sahabat2 dapat berjumpa Rasulullah secara direct, sbb tu mrk mudah menerima Islam. Tapi org skrg ramai yg nakkan bukti sebelum mereka mahu beriman. Quran telah pun memberikannya.

    ReplyDelete
  4. Ni nak wat ayat berlawanan. hehe

    Abu Talib dan umayyah bin khalaf juga dapat berjumpa Rasulullah secara direct, sebab tu juga mereka sukar menerima Islam. Tapi Orang dulu juga ramai yang nakkan bukti sebelum mereka mahu beriman. Quran telah pun memberikannya, tetapi mereka tetap tak masuk Islam.

    ReplyDelete
  5. Abg Izuan, semuanya bergantung pada HIDAYAH Allah. Betul, Abu Talib, bapa saudara Nabi mmg berjumpa Rasullullah selalu, tapi Allah tdk memberinya hidayah. Begitu juga Abu Jahal. Kalau Allah nak bagi hidayah, paderi kristian tegar pun akan peluk Islam. Abg Izuan boleh cari kat google atau youtube utk saksikan kisah2 paderi masuk Islam.

    Apa yg sy nak sampaikan, dengan adanya bukti kebenaran Islam melalui ayat2 yg bersifat saintifik, sekurang2nya memudahkan kita untuk berhujah dgn org yg belum Islam walaupun ia tidak menjamin dia akan terima Islam. Tapi sekurang2nya membuatkan dia berikir dan membuat perbandingan antara Islam dan agama mereka.

    Sy cadangkan abg Izuan baca buku2 karangan Harun Yahya yg banyak menerangkan bukti2 saintifik yg ada dlm Quran.

    ReplyDelete
  6. btol2. mmg fitrah manusia. cpat rasa marah dgn sst tp susah nak rasa senang dan bersyukur dgn nikmat yg kita ada skrg. contoh paling senang- berapa kerap kita btol2 mensyukuri nikmat kita diberi peluang utk bernafas pd saat seterusnya? berapa kali kita ucap alhamdulillah pd satu2 hari? adakah kita benar2 berasa berterima kasih dgn nikmat yg ada, atau setakat ucap alhamdulillah pd lidah sahaja?

    richardson telah mengubah paradigma nampak gayanya.. telah bersedia utk berdakwah dgn berhujah?? dengan yg belum islam pula tu. mabruk!

    ReplyDelete
  7. Salam saudara gypsum selangor, mana kamu tau saya dah ubah paradigma? Saper yg pecah rahsia ni?

    BTW, uslub da'wah saya berperingkat2. Da'wah secara berhujah adalah peringkat seterusnya. Skrg masih belum ready lg dan banyak berda'wah secara psikologi ;). Dulu ada jugak cuba2 berhujah, tapi mcm gagal. Sy pernah nak mati kutu bila berhujah dgn sorang mat Saleh mengenai undang2 syariah dan civil di M'sia di dalam sebuah banglo. Kami ditakdirkan sebilik. Dia tahu banyak benda mengenai M'sia. Dia kata knp kita ada dua set of laws, satu utk Islam (syari'ah) dan satu utk bukan Islam (civil). Bg dia ini satu diskriminasi terhadap bukan Islam dan ia tidak menjamin keadilan yg sama rata pada semua orang. Sy dh cuba jawab sebaik mungkin, tp dia ttp xpuas hati. Alangkah baiknya kalau ada ustaz2 atau pakar undang2 kat sebelah saya masa tu. Pada masa yg lain, di tempat yg hampir sama, saya pernah berhujah dgn kawan dari India yg beragama Jain. Kami berdebat mengenai perbankan dan pinjaman secara Islam. Sekali lagi sy tdk cukup ilmu dlm aspek ini. Cuma mengharapkan apa yg sy pelajari dulu yg bersifat surface/superficial. Sy tdk mampu menjawab dgn baik persoalan yg dibangkitkan. Skrg sy serik nak berhujah. Nnt kalau dah cukup ilmu di dada boleh lah kot tingkatkan sikit uslub berda'wah saya.

    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
    pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)

    Wassalam

    ReplyDelete