Sunday, 12 December 2010

Post ke 200: Bilik tahun kedua

Bismillah

Hari ni, blog aku mencecah 200 posts. Oleh kerana minggu ni aku tidak ada keluar ke mana-mana sangat, jadi tiada cerita yang sebegitu menarik untuk aku ceritakan di blog ni. Minggu depan minggu terakhir sesi pembelajaran aku untuk sem ni, sebelum cuti winter bermula. Dan esok gak, aku ade test, tapi ngade2 gak nak update blog ni. Bersempena dgn post ke 200 ni, aku nak sematkan lagi kenangan yang boleh aku lihat kembali di blog ni, mungkin 5 tahun yang akan datang kalo dipanjangkan umur.

Kalo bukan kerana blog ni, memang tak mungkin aku akan tangkap sebegitu banyak gambar ketika berada di UK. Teringat sewaktu di Matriks selama 2 bulan, tiada lansung gambar aku disana, sedangkan kat situ juga adelah antara tempat paling menyeronokkan buat aku kerana dpt kawan2 yg sangat baik. Demi mengambil pengiktibaran daripada kejadian berikut, aku nak sematkan tentang bilik aku untuk tahun kedua ni di LEICESTER.

Bahagian pertama. Tempat tidur aku yang hanyalah tilam. Dulu memang ade katil, tapi aku cabut dan bagi kat tuan rumah. Rangka katil tu agak makan ruang dan aku rasa tak perlu pun sgt. Tidur atas tilam je dah le kan?

Pelajar2 Malaysia di UK, boleh dikatakan berada dalam keadaan yang sangat2 selesa. Bukan nak kata sebab banyak duit ke ape, tapi memang rumah yang disewakan di sini biasanya mesti dalam keadaan yang baik walaupun kadang2 harganya rendah. Mendengar cerita kawan2 di Malaysia, memang berbeza rasanya keadaan dan kehidupan di rumah sewa antara dua negara ini. Kalau untuk tahun pertama, mungkin bilik aku agak "exclusive", tahun kedua ni lebih bersederhana sahaja aku rasa.

Ruang study, melepak, main laptop, makan dan sebagainya. Kerusi hitam tahun lepas dah kene rompak. jadi pakai jela yg tuan rumah punye.

Belah kiri tu mini store. Tengah2 almari baju dan di sebelah kanannya adelah tempat menggantung baju2 sejuk. Atas almari adelah beg balik kampung aku.

Satu-satunya tingkap yang ade di bilik aku.

Pandangan dari atas.. Sape nak men jantum2 gambar, bolehla dapat gambaran bilik aku camne.

Seperti tahun lepas, bilik aku sekali lagi terletak di tingkat bawah dan merupakan satu-satunya bilik yang berada di bawah. Manakala 3 lagi ahli rumah aku masing-masing duk di tingkat atas. Menariknya lokasi bilik aku ni ialah, ianya betul-betul terletak di sebelah dapur. Bukak je pintu, memang dapur la yg nmpak. Maka, aku yakin tumbesaran aku akan bertambah baik. Lebih strategik gak, bilik aku betul-betul sebelah tandas dan bilik mandi. Jadi, lepas mandi memang terus masuk bilik, tak payah nak naik tangga ataupun menempuh kesejukan di dalam rumah pada waktu pagi.

Bilik aku ni kategori sederhana besar dan bernilai lebih kurg 230pound sebulan. Agak mahal gak sebenarnya, tapi ok je. Lagipun keadaan bilik ni pun baik. Macam biasa, tuan rumah bagi katil, meja study, kerusi dan almari baju. Yang len semua aku punya. Sofa angin yang aku beli tahun lepas aku simpan je dalam almari sebab dah tak muat nak letak mana2. Projektor masih ade ditambah dengan 2 speaker/amplifier yang sangat besar menyebabkan bilik ni boleh bertukar menjadi panggung wayang pada waktu malam. Menyebabkan aku x pernah lansung g tengok wayang kat UK ni. Hehe

Ruangan ni tempat pengeluar haba utama. Nampak heater2 tu?

Tapi bila waktu malam, memang akan jadi screen wayang untuk bilik aku. Besar kan?

Hebat sungguh kehidupan aku kan? Cukup mewah segalanya. Bila pikir balik, kite ni terlalu selesa jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W..

Anas bin Malik berkata, "Saya masuk menemui Rasulullah dan ia sedang berbaring miring di atas tikar pandan kecil yang bersulam, dan di bawah kepalanya bantal dari kulit berisikan rumput kering. Lalu beberapa orang dari sahabatnya datang diantaranya adalah Umar bin Khathtab, Rasulullah pun bangkit menggeser tubuhnya yang sedang terbuka bajunya. Umar bin Khaththab tak sanggup menahan tangisnya ketika melihat bentuk sulaman tikar yang membekas di tubuh bagian samping Rasulullah saw.

Rasulullah saw bertanya, "Mengapa engkau menangis, Umar?
Umar menjawab, "Demi Allah, saya tidak menangis kecuali tahu bahwa engkau lebih Allah muliakan daripada Kisra dan Qaishr. Mereka hidup dalam kesenangan, sementara engkau, Rasulullah saw, di tempat yang saya lihat ?"

Rasulullah saw bersabda, "Apakah engkau tidak rela dunia menjadi milik mereka dan akhirat untuk kita?"
Umar menjawab, "Ya, aku rela."
Rasulullah saw bersabda, "Begitulah yang benar"

Selepas bertapa di library dari kul 2.30 petang hingga 9.30 malam.

Sekian dari syuib0809.

4 comments:

  1. Abg Izuan, mmg selesa bilik abg Izuan tu sy nampak. Teratur dan kemas juga. Katilnya kelihatan begitu cosy sekali. Pandai abg Izuan bilih paten cadar yg sesuai dgn warna karpet. Pastu ada dua heater lagi. Mesti bilik tu cukup panas walaupun suhu kat luar sgt sejuk. Tp kena guna secara berhemah sbb bil letrik kedua2 heater jenis tu (yg mcm dlm gambar kat atas) biasanya very costly. Sy agak yg kecik tu 1.5KW while yg besar tu 2KW. Nnt beribu-ribu pulak abg Izuan kena bayar bil. Sy cadangkan abg Izuan pegi cari Halogen heater. Wattnya agak rendah (1.2KW), tapi sungguh efficient. Kalau abg Izuan pegi kedai2 kecik, diorang banyak guna heater jenis tu. Lagipun biasanya halogen heater ada tiga opsyen; nak guna satu lampu pemanas (0.4KW) dua (0.8KW) atau ketiga2nya (1.2KW). Biasanya satu lampu dh cukup utk panaskan satu bilik kecik mcm bilik abg Izuan tu. Tapi skrg mungkin harganya tgh mahal kot. Kalau nak murah kena tunggu car boot bulan 3 nnt, carik yg 2nd hand. Masa tu 1 quid pon boleh dpt.So winter tahun depan boleh guna halogen heater.

    Sungguh menginsafkan kisah Nabi dgn Saidina Umar di atas. Kalaulah ditakdirkan kita dpt hidup pada zaman Nabi, alangkah beruntungnya kita. Walau apapun, kita ttp bersyukur sbb dihidupkan pada zaman iPhone dan internet. Yg penting kita cuba buat yg terbaik apa yg telah disampaikan oleh Baginda s.a.w.

    ReplyDelete
  2. Salams,

    Smlm lupa nak komen...sy rasa abg Izuan kena simpan LCD projector dan speaker 'power' tu leklok. Sorokkan dari pandangan mata. Sbbnya benda2 tu sumer mempunyai daya penarik yg sgt kuat, seterusnya menjadi ancaman kpd study concentration abg Izuan. It's like a distraction. Kalau sy, benda2 tu sumer kalau ada depan mata, sgt mudah utk memesongkan perhatian sy kpd menonton movie/youtube etc etc rather than study. Akhirnya masa study jadi ciput. Nota tak terbaca, assignment tak terbuat (kalau buat pun last2 minit dan cincai je). So kenalah mujahadah sikit sementara dh dpt peluang study kat uni skrg ni. Xsemua yg dpt peluang mcm ni. Berpuluh ribu yg mohon nak gi overseas, hanya segelintir termasuk abg Izuan yg berjaya, alhamdulillah. Cuba kekang nafsu menonton sesuatu yg xberfaedah spt movie, youtube dsb. Bukan xboleh tonton, tp berpatut-patutlah, mungkin seminggu sekali untuk menikmati hidup. Gunakan sumer kemudahan tu semaksima mungkin untuk program tazkirah, J dsb.

    Juga kenalpasti ancaman2 lain yg boleh mengganggu study kita. Kalau tak nnt ada je alasan spt masa tak cukup la, time management teruk la, xpaham itu la, xpaham ini la, xsempat nak prepare utk exam la, markah exam ciput la etc etc. Nnt kalaau dah grad dan kerja bolehlah tonton movie dan youtube bagai bersama isteri dan anak2 terchenta. Masa tu nikmatnya lebih lagi.

    ReplyDelete
  3. Jangan risau, saya agak jarang bukak projektor ni pun. Satu sebab byk gune elektrik dan satu lg sebab nak jaga jangka hayat die.

    Dan antara cara len, bertapalah di Library. hehe.

    Saya tetibe tersangat2 was2 siapa lorenz ni hanya kerana satu huruf.
    hmmm

    ReplyDelete
  4. Sbb huruf J ker? Sy saja letak supaya supaya abg Izuan tau sy tau. As simple as that.

    ReplyDelete