Bismillah
Bile aku tension dgn study, maka aq suke menulis dan masukkan gambar dalam blog ni.
Minggu lepas, waktu aku beli ayam kat Noughborough road, aku mintak abg arab tu untuk hantar ke rumah aku sebab banyak gile barang aku beli. Waktu sembang-sembang dengan die, aku pun tanye kat mana masjid dekat2 sini. Tanpa banyak cakap dan dengan wajah bersungguh2, dia terus bawak aku melalui depan masjid tu. Sebelum ni aku memg tahu ade masjid dekat2 situ, tapi tak tau kt mane lokasi yg lebih tepat.
Sejak hari tu, aku berazam nak rase sembahyg kat situ. Hari demi hari, asyik malas je sebab dah nak dekat periksa. Masjid tu pun jalan 25 minit baru sampai. Dengan keazaman yang kuat, maka aku sampai juga ke masjid tu semalam. Oleh kerana maghrib dalam pukul 8.40 malam, maka aku keluar dari rumah pukul 8 petang. Pinjam basikal ferd jap, dalam 8.15 camtu dah sampai
Nama masjid ni masjid E-Abu Bakar
Hanya sebuah bangunan yang diubah sesuai menjadi masjid. Kalau di Malaysia mungkin digelar surau kerana lokasi masjid ni pun sebaris dengan rumah 'teres' di sini.
Antara perkara yang aku suka dengan masjid-masjid di UK ni ialah suasana die cukup aman. Jemaah yang datang awal akan solat sunat, bukak Quran dan macam-macam lagi perkara yang cukup menghormati rumah Allah. Lebih seronok, kelihatan ramai orang muda yang datang mengimarakkan masjid. Bukan memperkecilkan masjid di Malaysia, tapi aku sendiri kurang gemar bila masjid dijadikan tempat bersembang yang bukan2. Dipenuhi dengan orang yg sudah berumur seolah2 masjid adelah tempat lazim untuk orang yg rase die dah nak mati.
Antare perkara lain yang sangat aku kagumi ialah keadaan masjid yang sangat2 bersih. Pasal ni tak boleh nak komen sangat sebab suasana si Malaysia sangat berlainan di UK. Ape lain nye? adelaa.. Apepun, memang masjid di sini bersih pun
Lepas solat maghrib, aku tidak menunggu untuk solat isyak sebab isyak pukul 11.00 malam. Tak sangggup aku nak balik malam2 camtu. Kesempatan berada di Noughborough aku gunekan untuk cari makanan yang best. Akhirnya aku g Food Junction(nama kedai) sebab nampak ade promosi ayam tandoori. Ayam tandoori die bukan satu ketul, jua bukan 3 ketul, apatah lagi setengah ekor tetapi satu Ekor!! haha.. memang membesar dengan cemerlang la camni
Lama gak nunggu die bakar ayam tu, dalam perjalanan balik, tetibe ade sekumpulan remaja pempuan kat area2 situ. Tengok gaya memg kompem lebih muda drpd aku. tetibe waktu aku lalu, sorang pempuan ni pegang2 aku sambil menyanyi. Nasib baik aku pakai lengan panjang dan lebih penting ade kopiah atas kepala. Terjaga la sikit. Aku wat dek je dan terus jalan walaupun seolah-olah ditahan. Ni antare kelebihan badan besar, boleh jalan terus walaopun ade pempuan dah hampir peluk korang. Jadi, makanlah banyak2 ye..
Nasib baik masih ade iman dalam hati, kalo tak memang tak tahu ape nak jadi time tu..
Ni baru dugaan luar negara. Masih ingatkah dugaan Nabi Yusof difitnah oleh Zulaikha?
Boleh rujuk dari surah yusof ayat 21 sampai ayat51
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)
Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )
Sekian
No comments:
Post a Comment