Sunday, 16 May 2010

Carboot, basikal dan BigJohn's..

Bismillah..
Minggu lepas aku menaiki bas untuk menuju ke satu tempat, dekat-dekat je dgn leicester. Dalam perjalanan, aku jumpe carboot kat beaumont. Dah lama sangat tak pegi carboot. Dan bagi orang yang tidak berniat untuk mencari apa-apa barang, pergi ke carboot adalah sesuatu yang kurang berfaedah. Tapi carboot ni best, terasa macam nak turun je dari bas hari tu, tapi aku sudah terikat dengan masa untuk sampai ke sebuah destinasi. Maka, aku simpan niat itu dan bercadang untuk pergi minggu yang akan datang.

Pagi ni, aku gagahkan diri untuk bangun dari tidur. Memang aku sudah merancang untuk berjalan-jalan di carboot tu pagi ni. Kalau nak ikutkan nafsu, memang aku akan tidur je sampai tengah ari sebab cuaca kat sini memang sedap sangat untuk tidur. Oleh itu, drpd aku tidur, baik aku buat sumthing yang lebih berfaedah. Nak study, mesti tertidur balik, jadi baik pegi carboot. Pergi carboot berfaedah ke?..

Pukul 8 pagi aku bangun(tidur kul 3pagi, lepas subuh), mandi dan terus menuju ke city centre. Dari sana ambik bas pukul 9 pagi dan sampai di carboot Beaumont dalam 9.15 pagi. Aku takde niat nak beli ape2 lansung, saje nak jalan2 tenangkan fikiran.

Sekitar pemandangan di carboot, ape carboot ni sebenarnye?

Untuk memudahkan pemahaman, carboot ni macam pasar ahad pagi2 kat teluk intan tu. Cuma penjual die selalunya akan bawak barang2 diorg dalam bonet kereta. Dan barang-barang yang dijual adelah barangan terpakai yang memang sangat-sangat murah. Nak tahu ape ade kat sini?

Macam-macam ade. Alat mainan, baju, kasut, almari, telepon, beg. Kalau ade rezeki, boleh dapat sofa, pinggan mangkuk yang cantik dengan harga yg sgt murah. Ade gak hiasan dinding, tapi memang barang terpakai la. Tetapi keadaan barang-barang ni masih elok. Orang-orang kaya kut yang banyak derma, tiap2 tahun tukar sofa kut.

Seperti yang aku katakan tadi, aku memang tak cadang nak beli apa2 kat sini. Aku takde nafsu kat baju, barang-barang lain pun banyak yang kene angkut dengan kereta, jadi takdelah aku nak beli. Sampaila kat salah satu penjual, aku cukup berkenan dengan barang die.

Basikal-basikal yg terpakai

Aku memang bercadang nak beli basikal. Segan la asyik pinjam basikal budak rumah ni. Walaupun diorang benarkan, tapi tak eloklah asyik pinjam je, dah tibe masanya aku ada satu milik aku sendiri. Cadangnya, nak beli bulan 10 nanti, tetibe nampak plak kat carboot ni, ape lagi, rembatlah satu. Harga basikal baru dalam 90pound, harga yang terpakai macam aku beli ni adelah 30pound. Banyakkan beza die? Dengan basikal tu, maka aku pun menuju kembali ke city centre. 20 minit je

Ni lah basikal yang aku beli, ade tongkat. Basikal2 kat sini sebenarnya amat jarang ada tongkat. Masih dalam keadaan baik, cuma jangan la bandingkan dgn basikal baru.

Oleh kerana aku tak makan apa-apa daripada malam tadi, maka aku menuju ke BigJohn's, kedai halal yang baru dibukak kat leicester ni. Memang halal, tu yang seronok bile duk tempat banyak org Islam ni. Semalam aku dah pergi, maka hari ni aku pergila lagi untuk try menu lain.

Nama inggeris, dalam die ramai orang pakistan.

Bahagian dalam

Setelah mengira nisbah kebesaran badan aku, hanya burger yang tengah-tengah je sesuai dengan aku. Haha. Semalam aku makan burger tengah2 tu, ari ni aku makan ayam je.

Lepas makan, aku beli barang sikit dan terus balik rumah. Apepun, aku sudah ade bende baru yang aku tak sangka akan dapat hari ni. Memang tak cadang nak beli ape-apepun, tetibe terbeli basikal. Kalau nak ikutkan, aku hanya akan duduk di UK ni 2 tahun je lagi, kenape perlu beli brg2 besar sebegitu yang memang aku takkan bawak Malaysia?
Senang je jawapannya, sebab aku perlukan basikal tu utk aku hidup di UK.

Macam tulah jugak dengan kite.
Memang kita perlu lakukan segala-galanya untuk hidup kita di akhirat. Berapa tahun la sangat hidup di bumi ni berbanding dengan alam akhirat nanti. Kite perlu sembhyg, puasa, zakat dan sebagainya sebagai bekalan kite utk ke akhirat kelak. Tapi, kite tetap perlu kejar beberapa perkara untuk hidup didunia. Suatu hari, Hanzalah mengadu kepada nabi kerana merasakn dirinya munafik tatkala disibukkan dgn dunia. Apa jawapan nabi?

Rasulullah bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)". HR. Muslim.

Sekian untuk hari ni..
Salam

No comments:

Post a Comment