Saturday, 2 June 2012

Sepanjang beberapa hari ni

Bismillah

Alhamdulillah, dah dua paper berlalu untuk minggu ni. Walaupun aku hampir tak masuk dewan peperiksaan kerana tersalah tarikh, tapi ternyata segala2nya lancar atas izin Allah. Siapa yang perasan, aku tulis kat post dua lepas yg paper Number Theory akan berlansung 1 June, rupe2nya 31 May. Aku sedar 2 hari sebelum exam. Giler gak sebenarnya.

Lepas habis paper Number Theory, aku mula mencari tiket flight untuk jalan-jalan Summer ni. Bajet tiket bawah 60pound. Banyak tempat boleh pergi, tapi takut lari bajet plak nak balik Malaysia. Satu lagi aku cari tempat yang senang dapat makanan Halal. Tapi, banyak tiket murah ke tempat yang memang majoriti Kristian habis. Hmmm, jadi tak decide lagi. Tengok gak tiket keretapi ke Wales, tapi pergi Spain lagi murah dari pergi kawasan UK sendiri. Pelik

Pagi tadi, akhirnya kembali balik bersukan di Leicester. Seronok main bola dengan kawan-kawan. Ramai junior yang akan balik Hujung bulan ni. Aku plak hanya ada masa tak smpai dua bulan kat Leicester ni. Lepas main bola, petang tu aku ke Hospital melawat seorang postgrad yang baru dapat baby baru. Tapi sayang, sebab kawalan ketat kat Hospital tu. Yang boleh masuk hanya dua orang dalam satu masa. Sabaq jela dulu.

Tengah berusaha mengembalikan momentum untuk Study.
Akan Datang... Operational Research


Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment