Friday, 15 June 2012

Dilema Tahun Akhir - KAHWIN

Bismillah

Ketika di Manchester, aku diberitahu beritu banyak pengumuman kahwin dari rakan-rakan "seperjuangan". "Ketiadaan" FB menyebabkan aku kurang tau gosip dan juga apa-apa jumputan yang tersebar di ruang muka buku itu. Sebagai pelajar tahun akhir, memang soalan lazim yang akan ditanya ialah bila nak kahwin. Berkahwin awal bagi pelajar malaysia yang berada di UK bukanlah sesuatu yang pelik, kerana banyak yang kahwin memang punyai asas agama yang kukuh dan mengelak amalan ber"couple" yang haram. Hasilnya, banyak yang berjaya.

Melihat rakan-rakan mula berkeluarga, malah bakal menimang cahaya mata, menyebabkan aku tertanya-tanya.. "aku ni dah nak kena kahwin ke?"

Sejarah yang kurang baik dengan perempuan, memang aku tak pernah ngorat mana-mana gadis. Ingat waktu kat sekolah, memang aku kawan dengan budak2 yang jarang cakap dengan perempuan. Dan kami tak berapa suka bincang dengan perempuan sebab memang ternyata sifat perempuan sangatlah berlainan dengan lelaki.

Hanya perempuan yang bijak(bukan pandai ye) menyebabkan kami respek sikit.

Kadang-kadang terfikir gak ciri-ciri isteri yang dikehendaki. Tiada apa yang special, sekadar solehah, cantik dan pandai masak. Mula fikir itu ini dan tengok sesuai ke dak untuk jadi isteri. Akhirnya aku terfikir, rupe-rupenye aku nak kahwin hanya sebab nak bersaing dengan kawan-kawan. Cemburu barangkali dan akhirnya berfikir seperti manusia kurang siuman.

Sekarang, aku dah mula lupakan sedikit demi sedikit urusan BaitulMuslim. Bukan kerana ianya tidak penting, tetapi dalam keadaan aku sebegini tanpa perancangan yang rapi, ianya pasti akan mengundang begitu banyak padah. Fokus dulu kepada urusan diri dan keluarga yang banyak lagi belum selesai. Jadi guru, tarbiyah diri sendiri dengan mengajar anak murid dan InshaAllah baru bekeluarga.

Kenapa aku tetibe cerita pasal kahwin ni?
Tadi waktu ade jamuan rumah junior, aku jumpe dolah. Pernah dulu aku letak gambar die kahwin kat sini. Sepanjang beberapa minggu ni, dia ade kat lester jaga isteri yang sarat mengandung. Before hujung bulan ni dijangka akan keluar. Anak perempuan tak silap aku. Seronok lihat rakan sebaya bakal menimang cahaya mata.

Semoga dipermudahkan segalanya.

Yang kanan sekali ialah dolah

Sekian dari syuib0809
Stoplah izuan pikir pasal kahwin

No comments:

Post a Comment