Friday, 29 June 2012

Paradigma BUTA dan PEKAK

Bismillah

Aku mulakan post hari ni dengan sepotong ayat dari Al-Quran

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Hari ni, aku sekadar nak berkongsi beberapa gambar yang aku jumpa di internet. Menarik aku lihat gambar-gambar ni yang mana mungkin boleh dihuraikan dengan ayat di atas.

 Antara orang yang aku sangat nak jumpa. Owh, beliau adelah MB kelantan

 Memang gambar-gambar ni diubah guna komputer kan?

Aku sekarang memang jarang bersembang dengan manusia. Entahlah, bila aku fikir-fikir balik banyak benda yang disembangkan tak masuk dengan aku. Dan aku terasa ianya memang sangat kurang bermanfaat. Aku selalu dengar kalau orang malaysia sembang mesti nak mengumpat seseorang. Antara satu dosa besar yang sebati dalam peribadi orang melayu.

Paling merepek, time kunjung-mengunjung hari raya. kalau tak mengumpat, memang kompem hambar suasana hari raya.

 

Soalan mudah hari ni, macamne kita nak tau ape yang kita dengar, buat dan lihat adelah betul atau salah?

Suka mengumpat atau suka dengar ceramah agama. Yang mana betul dan yang mana akan diejek kalau kita buat?

Dengar lagu K-Pop atau dengar lagu nasyid/lelaki je - Yang mana akan dikira sebagai ketinggalan zaman?

Sembang pasal artis/gossip atau sembang pasal hukum agama - Yang mana akan dipandang pelik?

PAS atau UMNO - Yang mana satu akan dikatakan SESAT?

Gambar terakhir bersama syammil junior isnin baru ni

Kembali merujuk kepada Al-Quran dan As-sunnah

Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment