Thursday, 21 June 2012

Perkhemahan awal dan akhir

Bismillah

InshaAllah aku cerita sikit aktiviti hujung minggu aku baru-baru ni.

Aku dan rakan-rakan merancang untuk pergi berkhemah berhampiran dengan Manchester. Pertama kali sebenarnya aku berkhemah di UK ni. Sebenarnya cadang nak mai sana hari jumaat, tapi sedikit kekangan menyebabkan kami smpai lambat sikit. Datang-datang, tengok khemah dah siap pasang.


Cuaca hujung minggu hari tu sedikit menakutkan. Hujan yang berselang-seli dengan angin kuat menyebabkan kami basah kuyup dan susah nak masak. Tapi kehebatan para jejaka yang memang kerja memasak di UK ni sangat tidak menghampakan. Makan tengah hari kami nasi dengan ayam masak merah + salad(lettuce).

Petang tu kami banyak main je, buat dua kumpulan dan lawan bercakap. Memang lawaklah. Kumpulan aku kalah semua benda. kui3x. Aktiviti kami bersambung dengan BBQ yang sedikit sebanyak menyeksakan sebab angin kuat. Api nak panaskan arang selalu padam. Tapi sekali lagi, memang sedikit pun tidak mengecewakan sebab memang sedap dan mengenyangkan. Seksaan berterusan time solat sebab memang sejuk sungguh tempat pekhemahan kami malam tu.

Keesokan harinya, kami solat subuh sekitar jam 4 pagi dengan keadaan menggigil. Aku smpaikan sedikit tazkirah mengenai Tujuan dan keperluan Hidup, kemudian berkongsi sedikit mengenai terjemahan dua ayat pertama surah Al-Fath: 

48-1:  Sesungguhnya Kami (Allah) telah bukakan (memberikan kemenangan) kepada engkau, pembukaan (kemenangan) yang nyata. 
48-2:  Kerana Allah akan memberikan keampunan kepada engkau terhadap dosa-dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmat-Nya (Allah) kepada engkau, dan memimpin engkau kepada jalan yang lurus. 

Dalam kul 10 pagi, kami main regu dan teruih buat sedikit jungle tracking.
  Belakang tu ade lembu dutch lady

Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan akan aku ingat sampai bila-bila. Semoga Ukhuwwah ini berkekalan ketika kami berada di Malaysia selepas tahun terakhir berada di sini. Dapat berita gembira yang hanafi dah nak kahwin bulan 9 ni. Memang duk kacau die jelah waktu perkhemahan.
  


Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment