Monday, 4 June 2012

Selamat Lahir dan Kahwin

Bismillah

Minggu terakhir peperiksaan untuk pelajar matematik Leicester, tapi ramai jugak student lain yang dah abih exam. Bila tengok ramai orang rileks, rasa macam malas nak belajar. Dan subjek yang dijangka senang, tetibe nampak macam payah plak beberapa hari ni. Meja aku sekarang ni memang bersepah habis dengan macam-macam barang. Oleh kerana kami jarang gune buku, nota selalu atas kertas ataupun dalam bentuk PDF softcopy. Tak sabar plak rasanya nak kemas barang semua hantar balik Malaysia.

Keadaan meja masa ini jam 1.00 tengah hari






Semalam, naufal dan syazwan semangat buat kek coklat. Dalam kul 2.30 petang dah penuh dapur dengan tepung-tepung dan bahan membuat kek. Lama gak sebenarnya Naufal dah tak buat kek. Tapi pasal semalam hari jadi Izwan, jadi dia pun buat kek. Aku plak terperap dalam bilik tak larat nak tolong. Dalam kul 7 petang, bermulalah makan-makan menyambut hari jadi Izwan. Aku pun tak tau sapa belanja, tengok2 Idin bawak balik ayam bakar dengan Munch Munch. Telan je. Selamat hari jadi yang ke-26 tahun lah ye Izwan.


Seorang lagi rakan sebaya Izwan dan Naufal, iaitu Firdaus Rahim Nottingham sudah berkemas diri untuk pulang ke Malaysia hari ni. Selepas dapat doktor dan buat elektif kat sini, daus ambil keputusan untuk pulang sebentar ke tanah air menguruskan urusan perkahwinan dia. Lama gak aku dah tak jumpe daus ni. Oleh kerana tak banyak masa dan aku yakin aku tak akan dapat jumpe die lagi dalam masa setahun akan datang, aku curi sedikit masa untuk bertemu die. Smpai je train station Notts, tetibe nampak teruih die dengan Cha dan Lutfi.


Aku sedikit sedih sebenanrya sebab banyak perkahwinan senior yang aku tak dapat datang. Antaranya Akmal Amri Warwick dan juga Firdaus Rahim ni. Sedangkan dua-dua ni memang banyak ajar aku macam-macam. Terpaksa tunggu untuk Convo, jadi memang tak dapatlah nak balik Malaysia untuk tengok diorang kahwin. Ditakdirkan Allah, dua-dua ni punya majlis kahwin jatuh plak pada hari yang sama. 7 Julai kalau tak silap aku.

Aku memang tak akan jumpe daus untuk tempoh masa yang agak lama. Ikut sangkaan mungkin paling kurang setahun sebab aku akan balik Malaysia 14hb Julai manakala daus plak datang UK balik dalam 16hb Julai. Lepas tu teruih masuk KPLI kat penang, manakala daus akan jadi doktor tak tahu kat mana. Apepun, semoga alam perkahwinan yang akan dilalui diredhai Allah. Sempat bersembang dengan daus dalam setengah jam sebab naik train yg sama untuk dia ke London manakala aku dengan sibab turun kat Leicester.

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi Kulli khair


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment