Wednesday, 27 June 2012

Rombongan dari Birmingham

Bismillah

Hari ni tetibe azri mesej nak datang Leicester. Katanya nak beli Corelle dengan 3 orang lagi kawan die. Mula-mula katanya nak bertolak dari birmingham kul 12 tgh hari. Sekali 1.30 petang tak bertolak lagi..

CORELLE - FALCON - LEICESTER
Aku tulis sedikit mengenai Corelle ni untuk rujukan sapa2 yang nak mai. Kalau nak cari, ni adelah alamatnya:
82A Syston Street West
LE1 2JU, Leicester

Kalau nak senang, benda ni sangat dekat dengan Sainsbury besar dekat Melton Road. Nampak sainsbury plak, kat dengan die, ade bangungan atap hijau kuning. menghalalah anda ke situ.

 Beginilah bentuk kedainya

Aku tadi ke sana bawak diorang ni dengan menaiki kereta. Walaupun aku selalu berbasikal, aku agak hafal jalan-jalan kereta kat sini. Dah 3 tahun kot. Sampai2, teruih ke satu bahagian yang dekat dengan kaunter pembelian paling hujung. Ni je ruang khas untuk Pinggan Corelle. Jangan sibuk duk cari bahagian lain.

 Teruna-teruna yang terpaksa melayan kerenah si Ibu. HaHa

Aku tak sangka diorang pun sama macam aku dulu, susah giler nak pilih design mana yang nak ambik. Lebih 30 minit aku rasa diorang pilih benda alah ni. Kebanyakannya beli dua set kecuali herman dan Azri. Herman kate memang murah pun berbanding tempat lain.

 Hasilnya.. Azri, Ayi, Herman, Daus

KEDAI BUFFET BARU 
Semalam, aku ke town untuk mencari beberapa barang. Tetibe nampak ade kedai Buffet halal baru bukak. Tengok gaya macam sama company dengan Chopstik. Harga sekepala 6pound. Murah la gak. Oleh kerana tak tahan sabar, memang aku telan teruih semalam. Tadi bila azri dan kawan-kawan datang, aku pikir memang diorang kena rasa benda ni. Cuma masalahnya ialah, aku dah makan tgh hari dan baru je makan semalam.

Tapi oleh kerana aku jarang mengerti erti kenyang, aku pun teman diorang makan. Terserempak dengan abg sobri dn isteri, juga abg faiz dan isteri dan anak. Rupe2nya, abg Faiz ni jiran si Herman. Seorang lagi kawan aku dari birm. Apepun, makanlah kami semua. yang syoknya, azri je beli air dan kongsi 5 orang. mana taknya, air die boleh refill unlimited.


 Dah hujung-hujung ni, barulah nak ada buffet.

Lepas sejam, kami pun beransur pulang sekitar kul 5.15petang. Singgah jap kat pameran lukisan 3D yang masih belum siap. Semalam die baru lukis dan aku jangkakan hari Jumaat baru siap. mana taknya, sorang je lukis. Balik tengok bola Spain lawan Portugal. Punye lama main, satu gol pun tak masuk. Last2, Penalti.

Sedang menghabiskan sisa-sisa yang berbaki sangatlah sikit.


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment