Bismillah
Selepas habis exam, aku melihat kembali jadual dalam sebulan lagi berada di UK. Kaki mula nak berjalan ke macam-macam tempat. Barang dah mula nak kemas sikit demi sikit. Summer yang panjang, memang mudah nak jalan sebab solat pun jadi senang sebab maghrib masuk hanya sekitar 9.30 malam. Sabtu lepas ade postgrad jemput datang rumah sebab buat kenduri Aqiqah. Rumah beliau dekat Loughborough, tak de jauh mana dari Leicester. Tapi pagi tu, sekali kaki aku injurd. Memang sakit giler bile kayuh basikal naik bukit dengan turun tangga
Smpai kat Loughborough awal, jadi aku pergi solat zuhur kejap kat masjid. Ntah ape plak kene dengan aku hari tu, tetibe seluar plak koyak time ambik air sembhyg. Pening2. Tapi seronok time aqiqah tu sebab makanan die memang sedap. Aku pernah makan masakan Ustaz Saiful ni time pindah barang abg Hisyam, memang mantap kambing black pepper die. Before makan, ade buat cukur jambul untuk baby.
Malam tu, bila balik rumah, tekak aku dah mula rasa semacam. Penanda nak demam.
Cadang nak ke Nottingham sebab kawan-kawan beriya jemput datang time kat rumah Abg Khalid, tapi demam makin menjadi-jadi. Time die mula-mula nak mai ni memang teruk. Jadi, aku pun cancelkan trip ke Nottingham..
Dalam perancangan, Isnin pula aku mahu ke Sheffield-Manchester. Ade barang yang perlu dihantar dan dah janji dengan budiman sebab die selalu kerja. Dengan kesihatan yang merudum, ditambah plak hujan lebat, aku sedaya upaya cuba nak batalkan lawatan ke Sheffield-Manchester. Sekali bila sms dengan kawan baik aku kat sheffield, tetibe die pun ade kat manchester. Lebih syok lagi, Fakharuddin dengan Pakli pun ade sana. Semangat teruih aku meredah hujan menuju ke Train station.
Aku bertolak dari Leicester jam 1.35 petang dan smpai di Manchester Piccadily dalam pukul 4 petang.
Keluar je train, teruih terserempak dengan Baim Sheffield, Bro Newcastle dan rakan-rakan Manchester. Memang rezeki sungguh. Teman Hazman Baharom gi cari cermin mata jap(lama gak sebenarnya), lepas tu teruih ke Rusholme. Turun-turun bas, jumpe plak budiman yang dalam perjalanan ke Masjid. Memang mudah betul perjalanan hari tu.
Sepanjang hari sehingga maghrib, aku duduk di rumah Junior bernama Hannan sebab ade fakha dengan pakli. Memang rancak sungguh bersembang. lama aku tak sembang macam tu. Aktiviti utama di Rusholme sudah tentulah makan. Aku, baim, hannan dan Anas(senior KY) gi makan kat Aljazeera sambil sibuk sembang pasal kahwin. Banyak plak gossip kawan-kawan nak kahwin.
Malam plak, teman budiman dan Azri makan kat Aljazeera balik. Macam-macam topik duk sembang kat kedai tu. Tetibe paan(presiden Mcot) join sekali menmbah rencah dalam perbualan. Aku memang seronok habis. Yang tak syoknya, aku melawan fikrah orang demam dengan memakan aiskrim Falooda sepenuh jiwa. Akibatnya, malam tu teruih hilang suara dan bertukar jadi suara Jins Samsuddin.
Lepas makan Aiskrim, aku ke rumah Paan sebab die serumah dengan Junior SEMESTI aku, si lalok. Malam tu lama giler sembang dengan diorang smpai kul 2.50 pagi sementara menunggu solat subuh. Lepas solat subuh berjemaah, kami pun melelapkan mata manakala aku duk sibuk mengelap hingus. Aduih.
Bangun pagi, kami teruih breakfast kat Subway. Paan belanja.
Oleh kerana aku dah tak tahan menahan hingus, aku berundur diri awal meninggalkan Baim Sheffield kat dalam tandas. haha.. Before naik bus, sempat singgah beli BBQ Lamb Rib. Pak cik kedai tu siap bagi lebih lagi.
Jzkk rakan-rakan atas layanan yang diberikan
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment