Monday, 25 June 2012

Prinsip Hidup 1.0

Bismillah..

Hari ni, aku bukak blackboard.le.ac.uk. Tertulis kat situ sedikit penerangan:

Recommended degree classifcations are now available, these are still subject to conferment by the University. You should receive formal confirmation from the University academic office, in the next two weeks.
Classification key:
1.0 = First Class
2.1 = Upper Second Class
2.2 = Lower Second Class
3.0 = Third Class


PRINSIP HIDUP
Baru-baru ni, ada orang tanya aku tentang perancangan dalam 5 tahun akan datang.
Aku secara jujurnya memang tiada perancangan untuk sambung master/Phd dalam tempoh masa tersebut. Alasannya mudah, sebab cita-cita aku memang nak jadi cikgu dan dah tak sabar nak menyumbang kembali segala yang telah aku "pinjam" dari rakyat Malaysia.

Mendengar ada dikalangan pelajar KPM yang mahu sambung master/PHD dan tak mahu berkhidmat jadi cikgu menyebabkan aku sangat marah. Seolah-olah biasiswa yang diberikan oleh rakyat di"pergunakan" semata-mata untuk menikmati kehidupan belajar di luar negara dan hanya untuk kejayaan diri sendiri. Tak kesahlah kalau bukan KPM pun, aku sedikit marah bila budak JPA/MARA/PETrOnas tak nak balik malaysia sebab kerja di UK lebih lumayan.

Aku selalu berkongsi analogi dibawah dengan rakan-rakan:

"Sebuah kampung menyedari tiada orang alim yang berada di kampung mereka, malah imam yang ada sudah semakin uzur. Oleh sebab tu, orang kampung berpakat kumpul duit untuk membiayai seorang pemuda kampung tersebut belajar agama di sekolah yang baik dan seterusnya ke Mesir. Tujuannya hanya satu, supaya anak muda itu kembali ke kampung sebaik tamat belajar dan mengajar agama, jadi imam kepada penduduk kampung.

Habis belajar, anak muda tersebut merasakan hidupnya tidak akan "kaya" dengan hanya berkhidmat di kampung. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk duduk di bandar dan membayar kembali duit yang telah diberi pinjam oleh orang kampung dahulu."

Soalannya, jika kita adalah penduduk kampung tersebut, yang mana lebih kita nak?
Khidmat anak muda tersebut atau duit yang mahu dikembalikan?

*****************************************************************

Aku dah terlampau banyak berhutang dengan rakyat Malaysia untuk mencapai cita-cita aku. Kadang-kadang aku ingat elaun yang aku dapat ialah duit aku, tetapi sebenarnya ia adalah duit rakyat. Baru-baru ni bila aku dengar kisah Umar Ibn AlKhattab yang marah bila elaunnya mahu dinaikkan, aku kembali berfikir. Sedangkan umar adelah khalifah, imam, khatib, panglima perang.. tapi bajunya ketika menyampaikan khutbah penuh dengan tampalan.

Kami bukan khalifah, kami bukan imam, kami bukan askar, malah kami belum lagi bergelar guru.
Ini sekadar prinsip hidup aku yang barangkali banyak yang tidak akan setuju. Mungkin hanya selepas 5 tahun mengajar, baru aku akan sambung ataupun sambil mengajar sambil tulah aku belajar.

Yang penting, mesti berkhidmat..






Result dah keluar petang tadi:

Classification : 1.0


Category:Exam
Description:


1.0

Gambar semalam lepas main bola


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment