Friday, 8 June 2012

Penutup yang Hambar

Bismillah..

Pagi tadi, hujan renyai mengiringi peperiksaan terakhir kami sebagai mahasiswa University of Leicester. Jarak 8 hari dengan ujian Number Theory yang lepas, aku jangkakan mungkin sedikit sebanyak akan memberi impak yang positif. Kembali mengingati kenangan di awal semester terakhir ni, subjek Operational Research adalah subjek yang paling kami tak ragu untuk pilih kerana rata-rata mengatakan ianya adalah Subjek yang paling mudah.

Dalam masa 8 hari ni, aku banyak berulang-alik ke rumah Ferd, Zizan dan Syamil untuk study dan tanya soalan. Untuk pengetahuan, paper ni akan dikira 50% dari markah final dan 50% dari assignment yang diberi. Aku sedikit risau sebab ada satu assignment yang aku tak hantar sebab berada kat Turkey. Waktu tu tengah cuti dan aku tak tau ade assignment. Waktu kat Cappadocia tetibe dapat mesej dari Syamil "wei, mapleTA hantar esok". Tapi tak dapat nak buat sebab itu assignment gune computer.

......
...
..

Jadi untuk paper ni, aku terpaksa bersungguh-sungguh sebab aku dah hilang sekurang-kurangnya 10%.
Masuklah ke dewan pagi tadi dengan semangat berkobar-kobar dan berdebar-debar

Pintu dewan peperiksaan

Terkedu, terperanjat dan kecewa...

Paper tadi memang hampeh sangat-sangat. Format die 80% berlainan dari Past Year yang diberikan. Aku nengok dua orang cina sebelah aku, terconteng-conteng kertas, haha. Selalunya paper yg dianggap senang lepas dua jam setengah kompem ramai dah keluar, banyak kerusi-kerusi yg akan kosong. Tapi tadi, memang aku tak perasan sapa keluar. Syammil kata ade satu dua orang je yang keluar. Soalan die bukan susah, tapi tak tau macamne nak jawap. Pelik kan?

Macam biasa, bila benda keluar tidak seperti yang dijangkakan, diri gelabah dan semua yang dihafal hilang macam tu je.

Semester-semester sebelum ni, aku tak berapa kisah untuk dapat First Class, janji lepas. Tapi lepas paper Physics dan Number Theory hari tu, semangat aku untuk dapat first class naik. Duk kira-kira markah sebelum ni dan nampak peluang macam cerah je. Menarik gak kalau dapat first class. Tapi segala-galanya memang dibawah ketentuan Allah. Subjek yang kami sangkakan paling mudah, bertukar menjadi subjek paling susah dan tidak meyakinkan. Bayang-bayang First class hilang macam tu je.

Balik dari dewan peperiksaan, duk "mengumpat" Dr Ivan Tyukin sebab tak faham kenapa die buat macam ni kat kami. Haha

Perjalanan pulang dari covenant Church(dewan peperiksaan)

Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment