Wednesday, 4 July 2012

29/6/2012 ....

Bismillah

Tarikh di atas adelah tarikh penting untuk rakan aku, Si Dolah. Walaupun lewat 10 hari dari tarikh jangkaan, anak sulung beliau dan Isteri akhirnya selamat dilahirkan. Jumaat tu, kami serumah sibuk buat persiapan untuk BBQ yang telah dirancang seminggu sebelum.

Petang waktu BBQ tu, aku terpaksa bertolak ke luar Leicester sebab ade projek mega. Dan aku hanya pulang kembali ke rumah hari isnin dari Sutton Bonington. Petang tadi, tetibe york dan Iman bagitau diorang nak pi tengok anak Dolah. Aku memang tak pi tengok lagi baby pempuan ni lagi, jadi aku pun join diorang sekali. Baru je baby keluar hostal semalam.

 Pakcik-pakcik yang masih bujang

 Dolah kata nak bagi nama Aatieq Safia. Double A katanye. Memang kompem fisrt dalam kelas

Sebelum balik, kami sempat doa beramai-ramai untuk si baby. Masing2 nak dukung si baby yang tengah duk tido lagi. Geram gak tengok anak orang, sekali lagi mengajar hati membezakan anak-anak dan kanak-kanak. Pak cik doakan kamu jadi anak yang solehah bila besar nanti ye Aatieq Safia.

Dari rumah Dolah, aku bawak diorang semua gi sembahyang kat Royal Infirmary. Rombongan Warwick ni diikuti juga oleh Amir, Afiq dan Adin Lancaster. Lepas solat, kami pergi makan kat Wok In Wok Out bersama dengan beberapa pelajar perempuan Warwick.

Lepas makan plak, pergi Tensel Town. AKu rasa ni kali ke empat aku ke sana walaupun dah tiga tahun kat Leicester ni. Minggu lepas nak gi dengan ahli rumah, tapi sekali aku cancelkan trip aku tu. Jadi before balik ni, dapatlah try dengan kawan-kawan.

Abaikan gambar belakang. Aku malas nak edit.

Kami akhirnya menuju ke train station sebab diorang semua nak kejar train jam 9.49 malam. Dalam perjalanan, sempat singgah Maryland beli burger. Katanya nak makan waktu dalam train. Aku plak kembali ke rumah dan sampai dalam kul 10 malam yang baru je maghrib sebenarnya. Walaupun pertemuan ni hanyalah singkat, tapi Ukhwah yang terbentuk ternyata manis.

InshaAllah jumpa lagi masa akan datang..


Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment