Wednesday, 11 July 2012

Imbasan: Musafir di Bumi Asing

Bismillah.

Hari selasa, hujan membasahi bumi Leicester. Tapi aku terpaksa keluar gak sebab akak aku pesan beg tangan. Puas aku menjenguk dalam Highcross tu. Gile ape mencari beg tangan pempuan. Sungguh pelik lelaki berjubah pakistan masuk bahagian perempuan seorang diri dan punyelah lama merenung beg-beg tu. Last-last beli lah gak dua beg kat House of Fraser. Kononnya barangan Italy, last-last made in China gak. Sama je macam jersey kat sini.

Aku memang tengah nazak giler sekarang ni. Cuba memikir balik kemana duit aku habis, dan aku masih tak berapa jumpe jawapannya. Aduih..
Sebab shopping?.. tak mungkin
Sebab makan?... Aku meyakini betapa tak mewahnya aku makan. Tensel town tu pun pergi 4 kali dalam masa 3 tahun.
Sebab berjalan?... Mungkin ini faktor terbesar dan aku tak pernah menyesalinya.



MUSAFIR Awal dan Akhir

Perjalanan musafir di bumi asing, akhirnya berhenti tidak lama lagi. Pertama kali aku keluar dari Malaysia sepanjang hidup aku ialah ke UK tak sampai 3 tahun lalu. Dan musafir berterusan ke negara lain. Sempena 4 hari lagi nak balik, mari tengok balik beberapa siri penjelajahan negara lain yang sempat aku terokai sepanjang berada di sini.

PARIS, FRANCE
Musafir pertama yang penuh dengan dugaan dan menguji kesabaran. Serta kembara paling sejuk sekali sepanjang hidup aku.


BRUSSEL, BELGIUM
Dan ini jelah satu-satunya percutian aku ke negara lain dengan kawan-kawan Leicester yang sebaya dengan aku. Lepas tu, memang dah takde kami jalan bersama. Waktu ni memang freshers habis, banyak dapat panduan dari Izwan dan aku sendiri tak banyak berdikari dalam ekspedisi kali ni. Banyak jadi pak turut je.


 Ahli-ahli rombongan: poji, Zizan, Syammil, Ferd, Ziqri, Hanip, Syahir dan Izwan

EDINBURGH, SCOTLAND
Perjalanan winter tu berakhir di Scotland sebab aku menghadiri program musim sejum (PMS) anjuran MSM/IKRAM di Lock lomond. Tak banyak sangat kami berjalan kat sini


DUBLIN, IRELAND
Perjalanan pertama aku seorang diri. Waktu ni sepatutnya jalan dengan Yorke dan Herman, tapi diorang cancelkan trip. Aku terpaksa plan, buat keputusan sendiri, baca peta seorang diri. Tapi seronok dapat layanan dari Dr Usop yang kini dah pun berkahwin.


ANDALUSIA, SPAIN
Kembara paling best sekali sepanjang aku berada di luar negara. Aku rasa antara sebab utama ialah ahli rombongan semua satu kepala dan happy je selalu walaupun asyik sesat. Memang tak tension dan ni antara trip yang menyebabkan aku terpaksa menggunakan FB. Jelajah kami bermula dari Barcelona, Madrid, Cordoba, Granada(alhambra), Seville dan Gibraltar.


 

 

VENICE, ITALY
Berdua-duaan bersama Azri. Tempat ni memang romantik tapi takdelah lawa untuk diterokai oleh orang bujang. Tak banyak meninggalkan kesan kat diri aku.






AMSTERDAM, HOLLAND(BELANDA)


Hmmm, ni rombongan paling ramai yang pernah aku ikuti dan paling singkat sebenarnya. kami hanya berada di Amsterdam sekitar 8 jam dan kemudian kena naik balik kapal. Tapi antara rombongan yang paling menyeronokkan sebab memang geng2 aku. Ada yorke, Faiz, ridhwan, Caer, syakir, Idil, dan Afif.



ROME PISA, ITALY
Perjalanan seorang diri yang sangat puas dan mencabar diri terutamanya bila nak buat keputusan. mana taknya, sebarang keputusan aku seorang yang akan tanggung risikonya. Memang ni rasa bebas je dan menguji ketidakmaluan diri untuk bertanya. Sempat berada di kawasan Pisa dan Rome.


 
  
TURKEY
Perjalanan bersama junior-junior yang sangatlah soleh. Antara misi yang paling banyak terisi dengan Tazkirah dan lawak kering. Oleh kerana aku baru je tulis pasal Turkey, maka tak payah dah lah ulas panjang-panjang. Walaupun ini je satu-satunya negara yang aku lawati untuk tahun yang terakhir, tapi bersyukur sangat sebab memang aku teringin sangat nak pergi sana. Antara tempat yag dilawati: Istanbul, Cappadocia, Konya dan Pamukkale.

Ahli rombongan: Amir, Ansar dan Ahmad.


Aku sebenarnya ade tiket ke paris dari 3-7 Julai, tapi pasal bajet lari sangat teruk, maka terpaksa buang tiket macam tu je. Sedih memang sedih tapi nak buat macamne kan. Aku rasa kalau aku banyak duit memang merata dah aku pergi before balik Malaysia. Baru ni sembang dengan Aziz Cardiff, memang banyak betul tempat die nak jalan. mana taknya sewa rumah 100pound je sebulan. Jeles... Jeles.

Mengimbau kembali fungsi blog ni, aku rasa ia sudah hampir kehilangan punca dan tujuan. Dah hampir masanya untuk aku mengundur dari dunia blogging. Tak pastilah, nak ke update kehidupan di Maktab nanti. InshaAllah, aku akan cuba kembali bermusafir kali ni mungkin di kawasan Asia plak. Tapi, nak kena tunggu pergi Mekah/Madinah dulu la kot. Rindu walaupun tak pernah bertemu.

Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment