Bismillah.
Sekadar teringin menulis akibat penglihatan yang cuba ingin dimanfaatkan.
Mengenal pasti tujuan melakukan sesuatu perkara memang benda penting yang perlu kita tahu. Salah tujuan, itu sudah tentu satu masalah besar. Semua orang tahu fakta tu dan kalau motivasi memang benda tu je duk ulang-ulang.
Satu masalah lain yang kurang kita sedar ialah membezakan diantara tujuan dan keperluan. Akhirnya fokus diletakkan kepada keperluan dan bukannya tujuan. Kedua-duanya penting, cuma sejauh mana keperluan itu membawa kepada tujuan.
Aku bagi contoh yang mudah:
- Nak jolok buah rambutan kita mesti ada galah. Yang pasti, tujuaanya adelah jolok rambutan dan keperluannya ialah galah.
- Nak pancing ikan, kite perlukan umpan. Dah jelas, tujuannya utk tangkap ikan dan keperluannya ialah umpan/pancing.
Keperluan dan tujuan kedua-duanya penting. Tapi sekiranya galah yang dicari pendek, maka tak sampai kepada tujuan untuk jolok buah tersebut. Jika umpan yang dicucuk tak menyebabkan ikan nak makan, tunggulah sampai pagi esoknya, tak mungkin dapat apa-apa ikan. Macam tu gak dengan hidup kita. Nak beribadah pada Allah, kena ada duit, ada baju dan ada tempat tinggal. Tapi sekiranya semua keperluan itu tak bawak kita dekat pada Allah, maka cariklah banyak mana pun keperluan, nescaya tak akan cukup kerana ianya tidak smpai kepada tujuan.
TUDUNG & TUTUP AURAT
Rasanya semua sudah tahu, menutup aurat itu adalah tujuan dan tudung adalah keperluan untuk mencapai matlamat tersebut. Baru-baru ni aku agak terkejut tengok seorang kenalan muslimat. Selalu tengok ok je pakai tudung biasa, sekali hari tu bukan main berfesyen. Fokus terlebih kepada keperluan, akhirnya ia merosakkan tujuan. Duk sibuk hana tajima, tudung ekin, tudung wardina dan bagai, akhirnya aku perasan tujuannya bukan untuk menutup aurat, tetapi teralih kepada nak mempersembahkan sesuatu. Tak salah nak kelihatan cantik, tapi nak memperlihatkan kecantikan... Ada masalah di situ.
Meninggalkan keperluan, itu juga tidak betul.
Keperluan beri kita kesenangan, tapi tujuan memberi kita ketenangan
Dunia adalah keperluan, Akhirat adalah adalah tujuan. Nak tak nak, untuk kejar akhirat kita perlukan dunia. Tapi sayang, dah banyak sangat kita kejar dunia yang tak kita gunakan untuk bawa kepada kejayaan akhirat.
Owh, aku suka gila perempuan pakai tudung labuh yang simple. Huhu
Sedikit gambar ingatan di Sutton Bonington.
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment