Sunday, 8 July 2012

Minggu Akhir di Leicester

Bismillah

Sejak beberapa hari ni, internet rumah aku memang bermasalah habis terutamanya pada waktu siang. Takleh nak call Malaysia, takleh nak main internet dan takleh nak update blog. Dan sekarang waktu menunjukkan 1.25 pagi, baru nak ade internet.

Sedar tak sedar, memang tinggal seminggu je lagi aku kat sini. Dalam rumah ni, aku yang paling awal balik. Bersyukur sebenarnya balik awal ni, pening aku nak korek duit kat mana dah ni. hehe..
Pagi tadi, aku seronok dapat berita dari senior kesayangan yang selamat diijabkabulkan. Walaupun tak dapat nak pergi, tapi doa kami sentiasa mengiringi kehidupan kalian.

 

Dalam kul 11, aku dah pi Narborough road menjual barang-barang kat kedai second hand. Antara barang-barang yang aku memang tak nak bawak balik iaitu gitar amplifier dan projektor paling buruk. Tapi dapat tolak murah je. Tu yang sedih. Lepas tu pusing satu Leicester nak jual basikal aku yang warna putih tu. Tapi aku tak jual lagi. Dah nak hujung-hujung ni, memang aku kena clear apa yang ade sebelum aku balik.Bilik aku memang hampir ke fasa terakhir.

Oleh kerana aku paling awal balik, deposit rumah memang tak akan dapat dululah. Yang lain semua akan berjalan-jalan bersama keluarga. Memang penuh abihlah rumah aku ni minggu depan. Sempat sembang dengan Ferd petang tadi. Die punye parent pun tak mai, jadi tiket tetamu graduation die bagi kat Badrul dengan Joshua. Kalo tanye hubungan, Bad ialah "Bapa angkat" dan Joshua plak "Jiran sebelah rumah". Zizan ade Ziqri sebagai "Mak Tiri". Haha

Aku ade dua tiket tetamu, tak tau nak bagi kat sape lagi..


Bila pikiaq balik graduation ni, aku pun kurang pasti ape yang dinanti-nantikan hanya untuk sekeping sijil. Itupun diberi bukan dari orang yang aku kenal.

Dan sebenarnya, ia hanya untuk beberapa keping gambar kenangan.
Untuk mengubat hati yang letih belajar selama 3 tahun.
Owh, juga untuk pengakhiran aku di Luar Negara.


Sekian dari syuib0809.

No comments:

Post a Comment