Hari jumaat, 13 Julai 2012.
Macam-macam benda aku rancang nak buat hari ni. Tapi ditakdirkan Allah, hujan turun membasahi kawasan Leicester. Tapi kerana ini saja hari yang ade, aku terpaksa teruskan rancangan. Pagi-pagi, dapur dah berbau dan berbunyi ting tang ting tung. Ade sampai 3 orang makcik dalam satu rumah, memang berbunyi habislah. Tapi, aku perlu ke morrison beli beberapa barang yang dikirim oleh orang Malaysia.
Antara harapan aku yang terakhir ke Leicester ialah teringin nak makan nasi kambing orang Somalia. Makanan paling sedap yang ade kat Leicester bagi aku. Tempat lain memang susah nak dapat. Dan oleh kerana takde kat Malaysia, aku memang berazam nak makan gak sebelum balik. Aku ingat waktu-waktu demam, memang inilah aku akan balun walaupun perlu berbasikal jauh.
Jarang suasana dalam kedai macam ni kat UK. Macam warung kat Malaysia.
Tak pernah sekalipun nasi dengan kambing ni menghampakan aku.
Selamat Tinggal kawanku
Ni lah kedai Secong Hand tersebut.
Nanti sampai Malaysia, aku cerita kisah Grad aku semalam.
Entah macam mana, tetibe nak ke town buat kali terakhir. Singgah jap Sport Direct. Ramai plak orang melayu hari ni. Aku takut tengok pakcik2 yang macam orang kaya ni. Huhu.. Hidup aku paling takut nak cakap ialah dengan orang yang lebih tua. Hari ni gak yang terakhir aku solat Maghrib di Masjid e-abu Bakar. Pinjam basikal Izwan. InshaAllah kalau sempat, nak solat zuhur sana esok.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment