Thursday, 19 July 2012

Perjalanan Pulang yang Mendebarkan

Bismillah

Bukan tiada masa, bukan tiada internet, tapi aku merasakan suasana agak kurang "seronok" untuk aku update blog ni. Pagi ni, tetibe rasa nak menulis setelah 4 hari smpai di tanah air tercinta.

Di kesempatan ni, aku nak ceritalah sedikit pengalaman yang sangat-sangat cemas ketika bergerak dari Leicester ke London. Walaupun penceritaannya mungkin kurang menarik sebab aku takde bakat bercerita, tapi inshaAllah sekadar perkongsian dan mudah-mudahan boleh diambil iktibar.

Sabtu lepas, aku bertolak ke London setelah pulang solat zuhur kat masjid e-abu bakar. Pagi tu, memang sibuklah bagi bilik clear semua benda. Dalam kul 2, berjalan kaki sambil bawak beg besaar 20.3 kilo dan beg sandang yang tak tau berapa beratnya menuju ke train station. Keretapi kul 2.57 petang, tapi saje gerak awal sebab teringin nak makan Subway before balik.



Selamat tinggal Leicester




Station bus baru baik pulih.

Perjalanan keretapi hari tu boleh dikatakan agak bermasalah. Train aku lewat 5 minit dari masa ketibaan sebenar. Untuk kali terakhir ni, aku beli tiket tempat duduk first class yang tengah ade promosi. Dijangka sampai sana kul 4.16 petang dan kemudian aku ambik bas dari Victoria Station menuju ke Airport jam 5.30 petang. Satu jam empat belas minit, aku rasa sangat sempat untuk aku berpindah dari Station St Pancrass ke Victoria station. Dan ikut perancangan, paling kurang kul 5 petang mesti dah ade kat station tube victoria.

Sedikit dukacita, train hanya sampai di london dalam jam 4.30 petang. Manakala tiket first class tu murah sebab kami punye coach adelah coach paling belakang sekali. Jadi, dah ambik masa panjang untuk keluar dari keretapi nak menuju ke Underground london. Bile check Oyster kad aku, rupenya hanya berbaki 0.15pound. Nak tak nak memang kene top up lah. Yang sakit hati, dua perempuan depan aku buat hal punyelah lama kat mesin tu. Sebaik ade orang belakang tegur, teruih diorang cepat-cepat beli.

Aku dah rasa sempit sangat dengan masa, lepas top up sekali aku baca pengumuman yang Victoria Line tak berfungsi hari tu. Gila punye cuak sebab aku tak biasa dengan sistem tube ni. Lepas tanye orang, aku ambik Circle Line untuk ke victoria Station. Aku tetibe teringat balik, ni lah tube yang menyebabkan aku sesat waktu nak ke westminster dengan Parents aku. Aarghh........... baca balik betul-betul, aku kena berhenti di Edgware road untuk tukar tube ke victoria station. Hati semakin risau bila tube dari edgward road hanya betolak jam 5 petang. Setiap stesyen ambik masa 2 minit dan aku masih perlu mengharungi 8 stesyen.

Rancangan untuk sampai sana jam 5 petang hanya tinggal llusi.
Aku gelabah dan buat sedikit pengiraan.
Bas ke airport jam 5.30 petang.
Jarak dari station tube victoria ke station bus dalam 10 minit.
Nak carik terminal dalam station bus makan masa 3 minit.
Setiap station tube dua minitdan aku ade 8 station, maksudnya aku hanya akan smpai tube victoria jam 5.19 petang.

Mengharapkan keajaiban dan pertolongan dari Allah.

Menu dalam kapal terbang




Nasi beriyani

Sampai sahaja kat Victoria, aku bagitahu hati untuk jangan tengok jam. Berlari je selaju yang mungkin kerana melihat jam hanya memperlahankan pergerakan dan tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Ramai yang pelik tengok aku berlari, tapi aku tak kesah sebab bukan diorang kenal aku pun. Banyak orang yang aku terlanggar dan tak sempat pun nak mintak maaf. Allah mudahkan perjalanan aku sebab pintu untuk bas tu dekat dengan pintu utama. Akhirnya aku tengok jam, 5.27 petang... LEGA.

Yang peliknya, takde orang beratur ke bus tu untuk letak barang. Aku ingat driver tak panggil lagi, jadi aku pun nak duduk rehat. tetibe dari jauh aku tengok pak cik driver dah pakai tali pinggang nak bergerak. Berlarilah aku ke bus tersebut sambil pak cik tu memerli aku sikit. hehe.... Tapi mungkin sebab nampak aku berpeluh, die layan je aku dan tak mintak pun tunjuk aku punye tiket. Alhamdulillah.


Rakan-rakan lain sudah sedia ade di airport. Antara yang ade ialah ferd, syamil, kamal dan Aqasyah Notts. Urusan di airport berjalan lancar dan menariknya kat terminal 4 ni memang ade tempat solat untuk orang islam. Pertama kali sebenarnya aku mai terminal empat ni. Akak pramugari yang lain kami pun sangat baik dan kemelayuan. Sampai di KLIA jam 5.30 petang. Tapi beratur di Imegresen agak lama sebab orang ramai dan mesin automatik buat hal. itu jelah kot


Sekiand ari Syuib0809

1 comment:

  1. Assallammualaikum dik
    Selamat balik semula ke Malaysia.. Alhamdulillah semuanya selamat :)

    ReplyDelete