Tuesday, 10 July 2012

Ziarah Abbey Park

Bismillah.

Di minggu akhir, internet plak sedikit sebanyak menyakitkan hati. Aduiih.

Dalam beberapa hari ni, aku plan untuk kembeli menziarahi Abbey park. Memang lama sungguh tak pergi situ. Kali terakhir rasanya waktu bawak parents aku mai sana March tahun lepas. Saja je menjenguk situ sementara tinggal beberapa hari je lagi ni. Aku rasa memang taman tu cantik dan sepatutnya memang satu tarikan di Leicester. Tapi, cuaca akhir-akhir ni gak pelik. Panas tetibe mendung dan hujan. So, selalu tertunda.

Hari ni, aku bertekad untuk pergi walaupun nampak langit bertukar antara cerah dan gelap. Dalam kul 11 pagi, dah berbasikal ke sana. Ikut jalan dalam dan elak jalan besar yang sesak dengan kereta. Melalui de monfort, Castle Garden, terowong keretapi dan bagai, aku akhirnya sampai sana. Seronok dan sayu tetibe.

 Bunga yang sudah layu 

 Kuch Kuch Hota hai

 Lupe plak ape bendakah alah ni



Pegi taman, memang budaya yang jarang untuk masyarakat melayu. Ada memang ada, tapi tamannya tidaklah sebanyak di UK. Dan fenomenanya pun agak berbeza sebab duk kat taman Malaysia memang kompem berpeluh habis. Tapi kalau kat UK memang sedap nak tido sebab cuacanya tak berapa panas kecuali waktu winter. Aku pernah menulis pasal Abbey park ni dulu kat sini..

Meh tengok gambaq lagi.

 Setakat ni aku tak pernah tengok lagi orang kayuh. Petang2 banyak kot

 
 Taman rekaan cina. Masih seperti dulu


 Si cantik di tempat kotor

Dalam perjalanan balik, sempat ikut jalan tepi sungai belah bawah. Selalu je jumpe sungai ni, tapi jarang nak ikut jalan bawah, selalu ikut jalan raya besar je. Dan macam biasalah kat sini, banyak swan macam kat atas. Aku cuba mengumpul sebanyak-banyak memori di Leicester sebelum balik. Waktu kemas-kemas tadi, jumpe memory card 8GB yang aku ada. Aku masukkan dalam kamera, dan rakam video perjalanan ke Narborough road dan seterusnya ke masjid. jalan paling selalu aku pergi sepanjang hidup di Leicester. Aku memang jarang ke town untuk beli makanan, selalu pi Narborough road je.

Sekian jelah diari untuk hari ni. Cadang esok nak rakam jalan ke town plak. Hehe


Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment