Friday, 30 December 2011

Jelajah Fuiyo 2011: Dari Heatree ke Plymouth

Bismillah..

Aku sebenarnya nak menulis tentang penutup dan hari ketiga berjalannya Fuiyo. Tapi sayangnya, takde plak videonya kat youtube. Malah video yg sedia ade pun dah di delete. Jadi, kite lompat terus sebaik sahaja tamatnya Fuiyo. Sebaik sahaja aku tutp majlis dgn beberapa briefing, kami beramai-ramai tangkap gambar bersama. Cuma sayangnya, gambar2 tersebut hanya ada kat AJK media sahaja. namun begitu, aku ade gambar yang lebih menarik. Gambar yang berkaitan sendiri dengan nama blog ni syuib0809..

Fuiyo kali ni dihadiri oleh 4 generasi syuib(syu'bah ibadah) MUSCOM..

Dari muda ke paling tua. Adin(syuib1011), syakir(syuib0910), aku(syuib0809), Azri(syuib0708)

Sebaik sahaja tamat, kami semua beratur untuk ambik makanan dan seterusnya berkejaran kemas barang untuk pulang ke Plymouth. Ade 4 buah bas dan kesemuanya mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke MARJON, university bagi pelajar2 TESL dari Malaysia. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa rumah dan aku dapat duk kat rumah Junior bernama Affandi. Bersama-sama aku ialah Hilman, Shamsul, Jerung dan Hanafi. Tetibe terserempak sahabat lama dari kem Predepature, AMirul..
Inilah perkampungan pelajar melayu di MARJON, Plymouth

Ruang makan tempat kami selalu lepak. Malam tu kami dihidangkan bihun goreng. Manakala sarapan ade sardin dgn kuah durian. Paling kanan aselah shamsul sheffield.

Malam tu, kami main teka-teki bahasa kelantan/terengganu. Shamsul akan cakap satu ayat dalam bahasa kelantan kemudian kami kene translate kepada bahasa melayu. Memang gelak sakan kami malam tu. Kemudian, aktiviti malam diteruskan dengan menonton filem yang bertajuk lucunya negeri ini. memang movie islamc yang sangat bagus untuk difikirkan. Kami kemudiannya tidur dan bangun keesokan harinya dgn sarapan terhidang di depan mata.

Sekarang tibalah masanya berjalan-jalan di bandar Plymouth..

Ni gambar kami berhampiran pantai. Yang perempuan sorang tu ialah kak mun, zaujah hisyam.

Agak lawa tempat ni. Cume banyak anjing wireless. Kami jalan kat bandar die kejap je. banyak sgt orang tgh boxing day.

Ni juju, cameraman utama. banyak gambar kat die je. Jadi sikit je yg aku leh bubuh sini.

Lepas jalan-jalan, makan kat kedai kurdish. terkejut habis die tngok kami ramai2. Abih makan die pesan, next time kalo nak dtg, call dulu. Baru die boleh bagi banyak. org kurdish memang baik.

Balik dari town, aku banyak lepak di rumah Nizam dan Haziq sebab aku memang dah janji nak datang rumah diorang pada awalnya. Memang lama tak sembang dengan diorang. jadi hari tu aku banyak lepak kat situ. Ditambah plak banyak rakan-rakan dari luar yang tidur rumah beliau. Malam tu, kami sekali lagi tengok movie cerita Warrior dan lepas tu main game mencabar minda yang Hisham baru beli. Memang mencabar.

Malam tu, syahir warwick sudah mule beransur pulang. Diikuti kepulangan beramai-ramai sekitar jam 7 pagi. tinggallah aku dan beberapa orang rakan. Datang rumah safwan junior untuk makan tgh hari dan aku kemudiannya pulang kembali ke rumah Nizam utk kemas barang dan berehat. Petang tu Nizam buat ayam masak lemak sebelum aku berangkat pulang ke Leicester. Di town, Affandi dan rakan-rakan sudah menanti untuk membawa aku ke Train Station. Sungguh terasa Ukhwah yang terjalin sepanjang 6 hari perjalanan ini..

Akhirnya kami berpisah.. Semoga berjumpa lagi.


Sekian dari syuib0809.

Wednesday, 28 December 2011

Jelajah Fuiyo 2011: Diari hari 1 dan 2

Bismillah..

Alhamdulillah baru pulang dari bumi plymouth, antara kawasan paling selatan di UK. Sangat seronok berjumpa rakan-rakan yg sangat lama dah tak bertemu. Aku 7 hari yg lalu bertolak ke plymouth namun akhirnya terpaksa ke Exeter kerana di sana adelah tempat untuk peserta/fasi/ajk berkumpul. Sempat bertemu rakan di program predeparture KPM iaitu Saufi. Terserempak kat train station sebelum aku bertolak ke exeter.

Aku pada mulanya ke Fuiyo atas jemputan menjadi Fasilitator. Setelah menghadiri briefing semua, tetibe ajk modul call mintak aku hadir sebagai pengacara majlis. Katanya, akan berduet dengan senior semesti aku iaitu Khairul Izwan ataupun jerung(nama samaran). Hari pertama, sebaik sahaja smpai aku tetibe menjadi ajk teknikal sebab banyak wayar yg aku bawak untuk Fuiyo ni. Siap bawak projector lagi sebagai back up. Giler punye semangat. Majlis dimulakan oleh jerung sementara aku set up ape yg patut. Oh, ni die hari pertama:



Bagi memudahkan kerja, aku bercadang untuk menjadi kem komanden dan menyerahkan tugas MC utama kepada jerung. Oleh kerana nak tanye bile waktu makan kat ajk dapur, aku pun pergi kat diorang after jd MC kejap. Tetibe nampak macam sikit je ajk dapur untuk Fuiyo ni, aku pun menyibuk tolong2 untuk isi makanan dalam dulang, takut lambat plak makan. Hehe. Dah lama nak jadi ajk makanan, cume asyik tak berkesempatan je keje. Menu malam tu ialah nasik ayam. Sangat sedap, cume mungkin awal2 susah nak bajet. Akibatnya, malam tu makanan agak sikit. Biasalah awal-awal. Malam tu gak ade makan roti dgn kuah kari. Yum yum..

Hari kedua, aku menjadi MC untuk slot-slot di awal pagi. Slot sembang pagi/coret pagi aku gunekan sebaik-baiknya untuk menceritakan kisah hebat Abu Ayub Al-ansari. Kemudian majlis diserahkan semula kepada jerung dan rakan2 manakala aku kembali meninjau2 suasana di dapur:



Sarapan hari kedua ialah bihun goreng. Makanan tengah hari plak ialah kari ayam dan telur goreng. Ntah macamne plak ari tu, aku tetibe menjadi AJK dapur Fuiyo yang setia dari pagi ke petang dan seterusnya smpai malam sebelum kembali menjadi MC untuk slot terakhir hari tu. Petang tu, aku membantu juju(Aizuddin) sebagai chef utama untuk masakan Ayam kicap berlada.. Nasi yang pada awalnya hanya 12 kilo kini menjadi 20 kilo. Kalo tak kenyang memang tak taulah nafsu ape.

Selesai sahaja mengendalikan slot ASDA(Apa Saya DApat), aku kembali ke dapur membantu ape yang patut dan akhirnya tamatlah tugas aku hari tu..

Sekian dari syuib0809..

Bersambung

Wednesday, 21 December 2011

Jelajah Fuiyo 2011

Bismillah

Hari ni aku akan bertolak Fuiyo 2011. Setelah gagal untuk hadir ke sana tahun lalu, aku berazam untuk ke winter Gathering kali ni yang akan bertempat di Devon, PLYMOUTH.. Banyak kawan di plymouth, tapi oleh kerana tempat ni hujung selatan UK, memang susah nak pergi. Kali ni ade peluang, jadi sambil ke Fuiyo leh jalan-jalan sekali kat plymouth. Malam ni dijangka sampai di Plymouth jam 11 malam lebih. Kemudian ke exeter sebab bas khas ke Fuiyo adelah dari situ. Habis dari fuiyo, baru kembali ke plymouth untuk jalan2.


Hanya ini rasanya perancangan cuti winter aku sebelum tertumpu kepada peperiksaan. InshaAllah dalam masa satu jam lagi, akan bertolak dari rumah. Doakan segalanya berjalan lancar. Akan berkongsi di blog ni kelak.

Jadi, seminggu akan tidak berupdate.
Sekian dari syuib0809

Monday, 19 December 2011

Dah tiba masanya kerana Allah dan Rasul

Bismillah.

Sebenarnya aku tengah study sekarang ni. Tapi oleh kerana menjawap beberapa kekeliruan, aku cuba untuk menulis sebentar. 10-5 tahun dahulu, mungkin kita buat dan tinggalkan sesuatu kerana hukum haram/harus/makruh/ sunat. Malah banyak antara adat/budaya/kebiasaan yang salah diamalkan, hanya kerana tidak pernah ditegur oleh org2 agama. Contoh yang lazim ialah berzanji/bermarhaban oleh kaum2 wanita. Banyak kat melaka kot, sebab kampung aku selalu aku nmpak wat macam tu. Rupe2nya banyak pendapat mengatakan ianya haram. Kecetekan pengetahuan agama dan jarangnya majlis-majlis ilmu menjadi penyumbang terbesar kepada berleluasanya amalan perkara2 sebegini.

Hari ni, aku teringin berkongsi jawapan persoalan gantung gambar makhluk bernyawa.



Bila dengar penjelasan ustaz ni, aku mungkin persoalkan lagi hukumnya sebab ade gambar yang kita simpan untuk kenang-kenangan. Supaya tidak terlalu ekstrem, aku rasa oklah kot kalo gambar biasa-biasa. Sampailah aku dgr peristiwa aisyah dan nabi muhammad ni. Kalau dulu mungkin kita buat/tinggal sesuatu kerana hukum, tapi kini baru aku sedar yang kita patut buat/tinggal sesuatu hanya kerana nabi dan Allah. Ape yg nabi tak suka tinggalkanlah, sebab nabi adalah manusia yang paling kita sayang. Kalau tak, kita perlu persoalkan, adakah kita benar-benar sayangkan nabi?



Video pertama, mungkin ade beranggapan kononnya gambar pemimpin negara, yang video kedua mungkin kita memandang ianya sebab binatang. Bayangkan burung yg sekadar jadi corak kat langsir pun nabi dah marah, apetah lagi yg digantung besar2. Macamne kalau Nabi masuk rumah kita? Aku masih cuba untuk longgarkan pendapat tentang gantung gambar ni, sampailah aku jumpe lagi ulasan Ustaz Azhar Idrus yang terakhir:



Akhirnya, aku sedar tidak ade masalah nak simpan gambar yang dicetak untuk kenang-kenangan. Contoh macam dalam buku gambar/gambar yg diframe, tp disimpan dan hanya dikeluarkan sekali-sekala. Masalahnya datang bila ianya digantung secara berterusan dan tiada lansung tujuan yang jelas. Aku secara jujurnya berasa lebih "selamat" untuk kita tinggalkan perbuatan menggantung gambar dan berpindah kepada simpan gambar sahaja. Simpan sahaja di laptop/ipad/buku gambar/blog dan sebagainya. Sama sahaja fungsinya InshaAllah.

Terlalu banyak yang kita tidak tahu tentang Islam, dan dah tiba masanya kite belajar.

Dah tiba masanya juga kita lakukan dan tinggalkan sesuatu perkara kerana cintakan Allah dan Rasulnya..

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Sekian dari syuib0809.

Thursday, 15 December 2011

Perang media: Positif atau negatif?

Bismillah..

Salam malam jumaat semua. Hari ni mari kita bercerita tentang media baru iaitu internet. Mungkin dulu, ramai orang hanya bergantung kepada Televisyen dan Surat Khabar untuk mendapatkan maklumat, namun kini segalanya cukup berlainan sama sekali. Ke"muak"kan dan ke "jelik"kan masyarakat kepada media utama(tv3,rtm, utusan) menyebabkan masyarakat mula menjadikan FB/twitter/youtube dan blog sebagai medium untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang lebih tepat.

Baru-baru ni, seorang rakan aku tunjukkan video yang diberi jolokan sebagai "SEMBANG RAKYAT". Video die cukuplah berkualiti, tapi pelakon, skrip, mesej yang cuba disampaikan boleh dikatakan sangat TERUK. Kutuk undang2 kerajaan Malaysia bermaksud kutuk kerajaanlah, kutuk undang2 Allah bermaksud kutuk Allah la.. Simple?



Boleh dikatakan kami semua sangat marah biler tengok video ni. Geram sangat kenapa orang Islam sendiri nak rendahkan Hukum yang Allah cipta. Kalau DAP,MCA semua tu oklah lagi sebab memang diorang bukan orang Islam. Melihat jumlah yang sgt ramai dislike video tu, memang obvious video tersebut ialah "sampah"!!

Oleh kerana geram tengok video tu, aku teringin nak tengok video balas. Bukan nak video balas pasal politik, cukuplah sekadar terangkan kembali segala kekusutan yang ditimbulkan oleh video "Sembang Rakyat" tu.. Kalau takde, memang akan ade org yang terpengaruh dan semakin terpesong aqidah mereka. Dan akhirnya, muncullah video ni:



Kualiti video? Mantap..
Pelakon? Ustaz2 yang terserlah kesucian wajah mereka tanpa mekap
Mesej? Betulkan salah faham tentang Hukum Allah
Politik? Takde lansung sebut PAS ke UMNO ke...
Pelakon tambahan? Terbaeekk la MatluthFi.....

Sekian dari Syuib0809..

Monday, 12 December 2011

Wok In Wok Out, Leicester

Bismillah..

Update sikit hari ni..
Boleh dikatakan sekarang ni dah banyak student dari University lain yg mula cuti winter. Ini plak minggu terakhir bagi pelajar2 University of Leicester sebelum menempuh cuti musim sejuk yang pendek. Dua hari lepas, aku tengok jadual exam aku untuk januari akan datang. Ternyata die punye jadual sangatlah dahsyat. Bayangkan tiga paper, tiga hari berturut-turut.

23 januari: Generalized Linear Model
24 Januari: Complex Number(subjek paling susah)
25 Januari: Acturial Maths

Tengok gaya, memang akan berhibernasilah sepanjang musim sejuk ni.
Cerita hari ini. Tengah hari tadi tetibe Izwan dan junior2 bercadang nak pergi Town. Dan diorang tetibe plak berhajat nak cuba kedai makanan Halal yang baru kat Leicester ni. menariknya kedai makan ni ialah sebab ianya makanan Asia dan dimasak didepan mata customers die. Nama kedai ni ialah Wok In Wok Out... Oleh kerana aku pun nak try, aku pun ikut diorang.

Tauke kedai ni orang pakistan, tapi tukang masaknya dari Cina(tengok muke).

Okeh, ini menu die.. Kene buat pilihan bahan mentah

Ni ahmad punye menu: UDon mee, Sos Sweet sour, ayam dan sayur-mayur

Ni plak Izwan: Egg Noodle, sos Curry Coconut, ayam dan sayur. Aku rasa mee kari kot.

Aku plak: Jasmine rice, Sos Thai Green Curry, ayam dan sayur

Proses rasa merasa. Tengah makan2, tetibe muncul Naufal yang baru balik dari Uni

Menu Naufal; Mee, sos garlic & black pepper, daging dan sayur. Nampak semangatkan beliau?

Komen pasal kedai ni? Kedai ni baru bukak seminggu dan aku rasakan kedai die agak susah nak untung sebab konsep memasak die tu memakan masa yang agak lama. Orang putih jenis suka makanan siap. Masakan die sedap, tapi kami agak cepat muak. Harga die boleh diisytiharkan murah berbanding Noodle bar yang lain. Harga regular hanya GBp3.50. Kire oklah gak. Hiasan kedai memang sangat cantik tapi agak tak professional nya diorang sebab hidang makanan tak kemas. Adeke patut hidang dalam keadaan ada mee/nasi tumpah kat dulang. Patutnya lap lah dulu. Hehe..

Tu jelah nak komen.. Jom Study!!


Sekian dari syuib0809..

Thursday, 8 December 2011

Malam Disember di Leicester

Bismillah..

Dalam pukul 6 petang tadi, aku kena hantar barang dekat-dekat dengan town. Oleh kerana aku sangat jarang keluar malam, jadi ambiklah peluang kejap singgah kat town. Leicester ni memang lawa sebenarnya malam-malam. Bukan apa, sebab memang majlis pembandaran pasang sangat banyak lampu-lampu. Tapi pasal sekarang dah sejuk, sikit jelah orang nak keluar malam-malam. Memang pelik kat sini, suasana malam di sini jauh lebih sunyi berbanding di Malaysia yang dikatakan negara Islam.

Destinasi pertama aku sudah tentulah taman yang ade patung singa..

Macam nilah hiasan kat taman ni waktu malam.

Rupenye waktu baith datang tu, tak siap penuh lagi hiasan die ni.

Ni ade hiasan patung kononnya menceritakan kelahiran Jesus

Ni plak ialah hiasan di belah lagi satu.

Oleh kerana aku parking basikal kat depan kedai makan maryland, aku berjalan kaki ke tengah pekan sambil bawak tripod dan kamera. Nampaklah beberapa mata yang pelik memandang aku. Relakslah, bukan orang kenal pun. Sekarang ni, memang dah mula start buat persiapan Christmas. Kat tengah town macam biasa diorang akan letak pokok krismas yang sangat besar. Peluang yang ade gak aku gunakan untuk belajar macamne nak adjust camera terutamanya nak tangkap gambar waktu malam.

Market Leicester ketika jam 6.20 petang. Walopun malam, tapi still lawa gambar die sebab tak gelap.

Ni jalan menuju ke tengah town. Rupenye kamera ni ade function "Smart". tekan je.. die akan tangkap gambar lawa2.

Pokok krismas di tengah town.

Ni ada kedai makan baru bukak kat Leicester. Noodle Bar yang halal. Die masak depan mata. Nnt lah try.

Dalam 40 minit je aku gi ambik gambar dekat town tu. Tangan dah menggigil-gigil kesejukan. Tak larat sungguh sekarang ni lagi2 time nak bangun pagi. Malas giler nak mandi. Sangat sejuk tapi ntah biler la nak turun salji. Setakat tu jelah nak cerita hari ni. InshaAllah minggu depan adelah minggu terakhir untuk semester ni. Lepas tu InshaAllah aku akan ke Selatan UK untuk menghadiri Fuiyo..


Sekian dari Syuib0809

Tuesday, 6 December 2011

Minat Giler yang Gila... Bhgn 2

Bismillah..

Sebenarnya aku nak buat sambungan post lepas pada hari jumaat. Tapi memang sibuk giler sebab terpaksa keluaq dari Leicester. Semalam plak terpaksa lah kejar balik ulangkaji yang sepatutnya dijalankan hujung minggu. Hari ni takde kelas, jadi aku pun ambik masa sikit update blog ni.

Sambung balik kisah hari tu. Mina aku kepada seistem tayangan tidak berhenti setakat projektor sahaja. Aku turut beli projektor skrin yang harganya sangatlah murah:

Yang ni harganya GBP1.35 je. tak percaya kan?

Yang ni plak harganya ialah 10pound. Aku ambik naik basikal kat kawasan abbey park.

Kedua-dua projektor screen ni aku ambik sendiri sebab kos kalau suruh die hantaq agak mahal. Almaklumlah bende besar. Sekali lagi sape nak pinjam, bagitau sahaja. Percuma.. Bende terakhir yang aku beli, dan memang aku dah tak nak beli bende dah pun ialah OHP(Overhead Projektor). Yang ini juga, memang harganya tak dapat lansung kat malaysia aku rasa. Aku beli sebab nak suruh Izwan buat Usrah. Sebelum ni die nak menulis, nak terangkan hukum tajwid punyelah susah menulis kat whiteboard. Jd, beli jela. baru sampai rabu lepas.

Bungkusan die punyelah besaq. Harga penghantaran 10pound

Tapi harga makhluk besar ni hanya 5pound aka 25ringgit

Murah tapi berfungsi dengan baik sekali. Tu die hasilnya.

Tu jelah kot nak cerita. Aku sekarang sangat jarang nak keluar rumah. Die punye sejuk memanglah teramat sejuk. Pergi masjid pun jarang sebab tak larat nak menempuh angin winter ni. Walaupun salji tak turun-turun lagi di Leicester, tapi aku dah pun berjumpa dengan salji weekend yang lepas. Walaupun musim sejuk musim yang agak lawa dan istimewa, tapi sangat tak larat untuk menempuhnya..


Sekian dari Syuib0809..

Wednesday, 30 November 2011

Minat Giler yang Gila... Bhgn 1



Bismillah..

Aku, boleh dikatakan diantara lelaki yang sangat tak suka bershopping. Kalau tengok dalam blog ni, jarang aku cerita pasal shopping, pasal makan memang banyaklah. Namun, itu tak bermakna duit aku tak diperhabiskan. Malah, setiap musim kemasukan elaun pasti aku ade minat dan kecenderungan terhadap barang tertentu. Aku teringat tahun pertama di UK, takdelah minat kat sesuatu perkara sangat. Aku hanya beli Iphone yang waktu tu memang kegilaan student yg baru sampai UK. Dan minat aku waktu tu ade macam2.

Sebelum pulang summer tahun pertama, duit banyak habis utk beli souvenir je. Masuk tahun kedua, permulaan sesi pertama menyebabkan minat aku terfokus kepada basikal(waktu tu basikal baru kena rompak). Akibatnya sampai 3 basikal aku beli dan satu kena curi. Waktu tu gak aku minat macam PA system sebab teringin nak buat ceramah(GOOL) kat rumah aku (klik sini). Akhirnya hambar dan menyebabkan aku jual balik 1 amplifier aku.

Masuk bulan dua awal tahun ni, minat aku tertumpu pula pada percussion. Waktu tu dah nak dekat NEXT, klik sini. Tapi, sayangnya NEXT tahun tu tak guna percussion. Kemasukan elaun baru-baru ni plak aku beralih kepada minat yang lebih giler iaitu sistem tayangan. Aku menganggap ianya pelaburan, tidak tak pasti apakah ianya pembaziran?

Ini ialah projektor lama aku. Yang kualitinya sangatlah ntah apa-apa. Bunyi teramatlah bising. Harga dulu GBP120 mcm tu.

Ni projector baru acer X1261 yg aku dah tulis sebelum ni.

Ni plak projector X1160(2nd Hand) yg aku bid di ebay. Berharga GBP100.35. Kualiti: Superb!!

Ni plak optoma EP727, juga 2nd Hand. Berharga GBP64+PnP. Life lamp die paling pendek antara 4 ni, jadi aku gune ni je skrg kat bilik. Kualiti: Gempaqs!!

Persoalannya, macamne aku boleh berminat dengan benda ni? Aku tak pasti ini bisikan syaitan atau ilham dari Allah. Aku beli benda ni sebab aku terlihat ceramah Ustaz azhar Idrus dan Ustaz Kazzim yg gune projector untuk bagi org luaq masjid tengok. Beli kononnya nanti nak buat tayanganlah kat masjid Sg Tungku. Dan sape2 sahabat yang ade nak buat program agama, bolehlah pinjam supaya aku dapat sikit saham dr program diorang. Nampak macam membazir, tapi entahlah.. Mungkin aku tak suka ade duit banyak, takut kedekut. Hehe

Ni aku pasang 3 projektor sekaligus. Sambil tu aku belajar pasal wayar2 semua macamne nak pasang 3 projektor pada satu laptop.

Perbandingan dua projektor, satu optoma satu lagi Acer. Gambar sebenarnya lawa, tapi kamera takleh tangkap gambaq betul diorang.

Sorilah, nampak semak sikit dengan wayar2 semua. Nilah keadaan meja study aku bila tengah semak. Rilek je campak ipad atas kerusi. Hari bisa takde aku ngade2 pasang 3 projektor ni.

Aku sendiri masih konfius bagaimana benda-benda ni bakal dimanfaatkan kelak. Walaupun dah mula ade orang pinjam untuk program, aku takut ianya akan tersimpan sahaja buat masa yg lama tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Memikirkan saham untuk akhirat atau keseronokan dunia semata-mata? Iulah fungsi duit. Waktu usrah, kami diperingatkan dengan ayat-ayat dari surah As-Saff:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Bersama 4 beg projektor.

Sekian dari Syuib0809.

Tuesday, 29 November 2011

Internet: Surat Umar kepada Sungai Nil

Bismillah..

Alhamdulillah, selepas beberapa hari tak dapat Internet wireless, aku mengambil keputusan untuk sambung sahaja kat wayar. Pagi tadi, wayar internet berukuran 15 meter akhirnya sampai kat rumah. Harga 2pound lebih je dan aku terus pasang sampai ke bilik. Sekarang bolehlah update blog. Musim sejuk semakin mendekati dan peredaran siang dan malam semakin kelihatan tak normal. Maghrib masuk pukul 3.58 petang, bayangkanlah betapa gelapnya kehidupan penduduk di UK sekarang..

Malam yang sangat panjang dan sejuk menyebabkan aku malas nak keluar rumah.

Oklah, hari ni nak berkongsi sedikit kisah menarik mengenai Sungai Nil. Hasil perkongsian dari usrah baru-baru ni.. Selamat membaca!!!

Ibn Kathir di dalam Tarikhnya menyebut kisah tentang sungai Nil di Mesir yang berhenti mengalir apabila umat Islam mengambil alih Mesir. Beliau menyebut:

Ketika pembukaan kota Mesir, penghuninya datang bertemu ‘Amr ibn al-’As (عمرو بن العاص - gabenor) di dalam bulan Ba-unah (بَؤُوْنَة) yakni bulan yang ke 10 bagi orang-orang Qibti Mesir. Mereka mengadu:

“Wahai pemimpin kami, sungai Nil kami, tidak akan mengalir dalam tahun ini, melainkan dengannya.”

Tanya ‘Amr ibn al-‘As: “Apakah perkara itu?”.

Mereka menjawab: “Apabila hampir malam 12 haribulan dalam bulan ini, kami mengambil seorang wanita dara dari kedua orang tuanya, kemudian kami jadikan kedua-duanya redha. Lalu kami hiasi wanita tersebut dengan sebaik-baik perhiasan, kemudian kami campakkannya ke dalam sungai Nil ini.”

Jawab ‘Amr ibn al-‘As: “Perkara ini tidak dibenarkan di dalam Islam, sesungguhnya Islam memusnahkan perkara sebelum ini (dari perkara-perkara yang seumpamanya).”

Lalu berlalu 3 bulan dan sungai Nil tidak mengalirkan airnya, ‘Amr ibn al-‘As mengirim surat kepada ‘Omar ibn al-Khattab di Madinah, lalu ‘Omar membalas suratnya dan menyatakan, apa yang dilakukannya ada benar, dan sesungguhnya aku telah mengutuskan bersama surat ini, sekeping tulisan, campakkannya dia ke dalam sungai Nil. Apabila surat ‘Omar sampai kepada ‘Amr ibn al-‘As di Mesir, beliau mengambil sekeping tulisan tersebut yang dikirimkan ‘Omar dari Madinah, di atasnya tertulis:



مِنْ عَبْدِاللهِ عُمَر أَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْن، إلىَ نَيْلِ أَهْل مِصْرَ، أمَّا بَعْد: فَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ مِنْ قِبَلِكَ، وَمِنْ أمْرِكَ فَلَا تَجْرِ، فَلَا حَاجَةَ لَنَا فِيْكَ، وَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ بِأمْرِ اللهِ الوَاحِدِ القَهَّارِ وَهُوَ الَّذِيْ يُجْرِيْكَ، فَنَسْأَلُ اللهَ أنْ يُجْرِيَكَ



Maksudnya: “Daripada hamba Allah ‘Umar Amir al-Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir, Amma ba’d: “Jika sekiranya engkau sebelum ini mengalir dengan sendirimu dan kemahuanmu, maka janganlah engkau mengalir lagi, dan kami tidak ada keperluan terhadap kamu. Jika sekiranya kamu sebelum ini mengalir dengan arahan daripada Allah yang maha esa dan maha gagah, dan Dia yang mengalirkan mu, maka kami memohon kepada Allah untuk mengalirkanmu (semula).”


Lalu ‘Amr mencampakkan tulisan tersebut ke dalam sungai Nil, pada keesokan paginya Allah mengalirkan semula air sungai Nil.

Kesimpulan dari aku..
Para sahabat seperti abu bakar, umar bukan sekadar seorang Khalifah, malah mereka adelah Ulama', mereka juga seorang mujtahid, mereka panglima perang dan tawakkal mereka dengan Allah sangatlah tinggi. Adakah akan wujud kembali manusia2 biasa yang luarbiasa seperti mereka?

Wallahualam

Sekian dari Syuib0809

Sunday, 27 November 2011

Leaminton Spa

Bismillah..

Dah 3 hari komputer aku tak dapat internet. Aku sendiri tak pasti kenapa, yang pasti ianya bukan salah internet sebab iphone dan ipad aku dapat internet. Syahir bagi tips utk selesaikan masalah ni, tapi sebaik sahaja aku nak try pagi ni, tetibe Allah dah baiki sendiri laptop ni. Alhamdulillah. Banyak nak update, tapi terpaksa tangguh post lain. Ni aku nak cerita pasal kisah semalam.

Aku semalam ke Leamington Spa yang terletak di Warwickshire. Bagi mereka yang selalu ke University of Warwick, mesti pernah dengar nama ni sebab bas ke University tu dari Coventry mesti akan tulis tempat ni. Aku ke sana bukan sebab ade program ke ape, tapi semata-mata nak ambik Projector Screen yang aku bid di Ebay. Jam 9.05 pagi dah keluar dari rumah dan pergi hantar basikal kat kedai sebab nak kena baiki brek. Lepas tu terus bertolak ke Nuneaton menaiki keretapi.

Tempat yang wajip transit kalau ke Coventry. Oleh kerana kene tunggu sejam, aku pergi lepak2 dekat ASDA die. Dapat makan donut.

Dari nuneaton, aku terus transit ke Coventry dan solat Zuhur di sana. Nak singgah rumah kawan, tapi sangat jauh untuk dipergi. Jam 12.25, aku menaiki kembali keretapi ke Leamington Spa yang hanya mengambil masa 10 minit. Janji dengan pemilik projector screen tu pukul 1 tgh hari. Jalan punya jalan, 1.05 tgh hari baru aku sampai. Tak sangka jarak satu batu tu mengambil masa 25 minit utk pejalan kaki. Lepas jumpa tuan rumah, aku pun bawak balik benda besar tu dengan berjalan kaki sampailah akhirnya di pekan Leamington Spa.

Dekat sini, ada tempat Spa milik kerabar diRaja. Aku tak tau lah ni dulu punye, atau memang raja sekarang yang gune. Tu lah sebab nama tempat ni Leamington Spa.

Alang-alang datang sini, aku pun search kat internet apa tarikan kat sini. Maka, dicadangkan untuk pergi taman ni.

Lawa taman ni, tapi takde apa sangat.

Jarak dari pekan Leamington Spa tu dari Rail Station hanya ambik masa dalam 6 minit je. Waktu nak berjalan kaki balik tu, tetibe ade mat saleh baling plastik McD kat aku. Memang budak2 masalah la aku rasa sebabtak pernah aku jumpe budak macam tu. Aku kembali semula ke Coventry jam 2.12 petang meninggalkan Leamington Spa.


Sebenarnya, perjalanan ke Leamington Spa takdelah ambik masa yang lama. Tapi oleh kerana banyaktunggu between nak transit, perjalanan pegi dan balik memakan masa lebih 4 jam. So banyak masa habis kat menunggu je. Sebenarnya aku boleh balik lambat lagi sebab beli open return, tapi nak mengejar solat maghrib yang bermula jam 4 petang samapi 5 lebih, aku bercadang untuk pulang awal je ke Leicester. Ambik basikal balik dan sampai ke rumah kul 4.40 petang.

Malam plak Izwan and the geng buat program...

makin di Penghujung autumn!!

Sekian dari syuib0809

Sunday, 20 November 2011

Persaingan sihat

Bismillah..

Sangat sibuk minggu ni dengan pelajaran. Aku terasa sangat banyak ketinggalan. Musim sejuk yang semakin menghampiri menyebabkan cuaca sangat malap-malap. Dan akhirnya menyebabkan aku sangat terasa mals dan nak tidur awal. Oklah, aku nak cerita mengenai kedai makan di Noughborough road. Lama kan tak bercerita pasal kedai makan? Dulu, waktu aku first year dan second year kat sini, Jalan Nghbrough boleh dikatakan dikuasai oleh Chicken Maryland. Jenama yang memang terkenal dekat Leicester. Waktu tu memang susah giler nak dapat promosi best2.


Tapi di hujung-hujung 2nd year aku, Big John's plak bukak cawangan diorang kat jalan tu. Kedai yang cantik dan baru berjinak di Leicester, aku ingatkan tak memberi kesan apa2. Promosi paling terkenal di Big John's ni ialah burger die yang berharga:

single: 1.29, double: 1.69 dan triple burger: 1.99.
Akibatnya, maryland menurunkan harga burger2 die hampir sama dengan BigJohn's ni. Tambahan lagi bila big John's ada meal super 5 yang berharga 1.25, maryland menyediakan promosi baru iaitu 3 meals berharga 1pound.


Bulan lepas, bila aku balik dari Malaysia, Big John's datang pulak dengan promosi Pizza separuh harga. Bayangkan harga Pizza sebesar 16" bercampur dengan unlimited topping, hanya berharga 5pound. Bandingkan dengan Malaysia je, dah memang kompem kalah. Menariknya, akibat dari promosi ni, maryland pulak buat promosi Pizza separuh harga yang tak pernah aku tengok die buat. Kali ni, 12 inci Pizza berharga 2.75pound!! Hebat kan?

Tadi aku pergi tengok BigJohn's jap. Tetibe die datang dengan promosi baru yang aku boleh katakan agak dahsyat. Iaitu 3 ketul ayam goreng campur kentang hanya GBP2.29. aku bukan minat sangat makan ayam goreng, apatah lagi yang rasanya lagi sedap kalau aku goreng. Tapi tadi, trylah beli set ni. Menanti apa yang bakal Maryland promosikan. Walaupun BigJohn's murah, tapi rasa ayam-ayam di Maryland memang sukar nak ditandingi. Ceewah..



Kesimpulan?
Monopoli sememangnya bukan kaedah perniagaan yang menguntungkan rakyat/pengguna. Persaingan dengan kawalan dari kerajaan, bagi aku adalah kaedah paling berkesan bagi aku. Dan bersainglah dengan sihat dengan menonjolkan kelebihan kita tanpa memburukkan lawan kita. Monopoli minyak di Malaysia dengan hanya beberapa syarikat besar bagi aku perlu dikaji semula. Dan menteri-menteri yang mengkhianati amanah rakyat, amat perlu disingkirkan sebaiknya. terkejut aku dengar berita Feedlot.

Sekian dari syuib0809