Bismillah..
Aku, boleh dikatakan diantara lelaki yang sangat tak suka bershopping. Kalau tengok dalam blog ni, jarang aku cerita pasal shopping, pasal makan memang banyaklah. Namun, itu tak bermakna duit aku tak diperhabiskan. Malah, setiap musim kemasukan elaun pasti aku ade minat dan kecenderungan terhadap barang tertentu. Aku teringat tahun pertama di UK, takdelah minat kat sesuatu perkara sangat. Aku hanya beli Iphone yang waktu tu memang kegilaan student yg baru sampai UK. Dan minat aku waktu tu ade macam2.
Sebelum pulang summer tahun pertama, duit banyak habis utk beli souvenir je. Masuk tahun kedua, permulaan sesi pertama menyebabkan minat aku terfokus kepada basikal(waktu tu basikal baru kena rompak). Akibatnya sampai 3 basikal aku beli dan satu kena curi. Waktu tu gak aku minat macam PA system sebab teringin nak buat ceramah(GOOL) kat rumah aku (klik sini). Akhirnya hambar dan menyebabkan aku jual balik 1 amplifier aku.
Masuk bulan dua awal tahun ni, minat aku tertumpu pula pada percussion. Waktu tu dah nak dekat NEXT, klik sini. Tapi, sayangnya NEXT tahun tu tak guna percussion. Kemasukan elaun baru-baru ni plak aku beralih kepada minat yang lebih giler iaitu sistem tayangan. Aku menganggap ianya pelaburan, tidak tak pasti apakah ianya pembaziran?
Ini ialah projektor lama aku. Yang kualitinya sangatlah ntah apa-apa. Bunyi teramatlah bising. Harga dulu GBP120 mcm tu.
Ni plak optoma EP727, juga 2nd Hand. Berharga GBP64+PnP. Life lamp die paling pendek antara 4 ni, jadi aku gune ni je skrg kat bilik. Kualiti: Gempaqs!!
Persoalannya, macamne aku boleh berminat dengan benda ni? Aku tak pasti ini bisikan syaitan atau ilham dari Allah. Aku beli benda ni sebab aku terlihat ceramah Ustaz azhar Idrus dan Ustaz Kazzim yg gune projector untuk bagi org luaq masjid tengok. Beli kononnya nanti nak buat tayanganlah kat masjid Sg Tungku. Dan sape2 sahabat yang ade nak buat program agama, bolehlah pinjam supaya aku dapat sikit saham dr program diorang. Nampak macam membazir, tapi entahlah.. Mungkin aku tak suka ade duit banyak, takut kedekut. Hehe
Ni aku pasang 3 projektor sekaligus. Sambil tu aku belajar pasal wayar2 semua macamne nak pasang 3 projektor pada satu laptop.
Perbandingan dua projektor, satu optoma satu lagi Acer. Gambar sebenarnya lawa, tapi kamera takleh tangkap gambaq betul diorang.
Sorilah, nampak semak sikit dengan wayar2 semua. Nilah keadaan meja study aku bila tengah semak. Rilek je campak ipad atas kerusi. Hari bisa takde aku ngade2 pasang 3 projektor ni.
Aku sendiri masih konfius bagaimana benda-benda ni bakal dimanfaatkan kelak. Walaupun dah mula ade orang pinjam untuk program, aku takut ianya akan tersimpan sahaja buat masa yg lama tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Memikirkan saham untuk akhirat atau keseronokan dunia semata-mata? Iulah fungsi duit. Waktu usrah, kami diperingatkan dengan ayat-ayat dari surah As-Saff:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Sekian dari Syuib0809.
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment