Sunday, 13 November 2011

Genap 22 di 111111 Notts

Bismillah..

11 November 2011, merupakan tarikh yang sekali sahaja dalam hidup. Untuk mendapatkan nombor 11/11/11 mungkin hanya pada seratus tahun akan datang pulak. Pada tarikh ni, genaplah umur aku 22 tahun. Sekali lagi, mesti menyambutnya dengan makanan yang diidamkan. Jadi, aku pun pergilah ke East Park road selepas tamat kelas jam 4 petang. Oleh kerana maghrib dah nak masuk, aku pun teruih je menunaikan solat kat Jame' mosque atau melayunya Masjid Jamek. Lepas tu tetibe tertarik dengan kedai islam kat sebelah tu.

Kedai ni ala-ala barada kat Teluk Intan la. AKu sempat beli satu jubah pakistan beharga 15pound. Sedap palak pakai bende alah ni.

Suasana di East Park Road pada malam hari.

Entah kenapa aku tetibe selesa untuk memakai jubah pendek. Walaupun sesetengah orang menganggap ianya kolot, tapi aku agak suka sebab baju ni sesuai menggantikan jubah yang panjang. Aku naik basikal, jadi agak susah kalau nak pakai jubah. Lepas beli makanan semua, aku pun balik rumah tapi tak mula makan lagi. Sebenarnya aku teringin nak makan BBQ Lamb Rib, tapi menu tu dah takde kat East Park road rupenye. Terpaksi ganti dengan Lamb Doner kat Nborough road. Ceh..

Menu di sambutan hari jadi ke 22. Ayam, panini, doner. Dan kek ais krim yang sodap.

Sambut sorang-sorang jelah yop. Takkan nak bagitahu orang plak hari ni hari jadi. Haha

Lepas makan, aku pun join usrah yang sedang berlansung kat rumah aku. Buat-buat takde bende pun. Aku keluarkan lah kek aiskrim yag aku tak larat nak telan tu kat diorang. Sekejap je licin. Malam tu, aku kene tidur awal sikit sebab esoknya pafi-pagi dah kene bergerak ke Notts Game.

Notts GAME..

Oleh kerana tahun lepas aku tak pergi ke sukan tahunan Malaysia terbesar ni, maka aku pun teringin nak pergi buat kali terakhir. Hasratnya nak jumpa dengan kawan-kawan lama. Tapi, ternyata memang sikit je Final year yang datang. Aku banyak lepak dengan amir Hasyim soksek yang kelihatan busy dekat Nottingham tu. Nottingham games kali ni dirasmikan oleh timbalam menteri sukan dan juga dihadiri oleh Dr MAZA aka Ustaz Asri. Mula-muala kami turun di Sports Centre, lepas tu ke Portland/Dunkirk dan kemudiannya menaiki bus ke powerleague.

Suasana di powerleague. Tunggu bas setengah jam. Yang datang satu je untuk ambik dekat 200 orang. Last2, kami jalan kaki je pegi portland.

Yang aku hanya jumpe geng aku di kolej ialah Yorke, Aiman Fikri, Cuan, hamidi dan beberapa orang lagi. Yang len banyak aku jumpe dan sembang ialah Junior. Lagi-lagi junior yang baru masuk tahun ni sebab aku pernah uruskan MYC diorang. Walaupun hanya 2-3 kali je berjumpe sebelum ni tapi rasa agak rapat gak la. Pelik bagi orang-orang yang takde Facebook seperti aku. Lepas tengok Final Futsal, kami pun balik semula ke Leicester jam 7 malam.

Sampai-sampai teruih tak larat dah..

Bersama junior-junior. Adin, Hannan dan Hakim. Aku nampak pendek sebab tengah menuruni bukit tu.

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment