Thursday, 3 November 2011

Bila berduit: ACER X1161P

Bismillah..

Bila manusia sudah berduit, macam-macam yang dibelinya..
Jumaat lepas, maka masuklah gaji pelajar-pelajar KPM tahun terakhir di Leicester. Lumrah manusia apabila berduit, nafsu pasti membuak-buak. Antara benda pertama yang aku beli ialah kamera. Yang mana aku rasa sangat penting apatah lagi masuk tahun terakhir berada di UK. Kamera lama dah rosak. Sekarang, aku malas nak cerita pasal kamera. Nak cerita benda lain.

Ade 3 barang yang aku tunggu hari ni selepas bershopping di Ebay. Satu kamera, kedua dakwat printer yang menyebabkan printer aku sangat lama tak berusik. Dan yang terakhir, ceng3x..

Macam nilah keadaan yang masih suci berbalut.

Kelihatan gambar projektor berjenama ACER.

Dapat beg sekali..

Projector ACER X1161P

Selamat datang ke 51 Burnmoor Street. Pelaburan baru..

Seperti yang sudah sedia maklum, aku sudah memiliki satu projektor suatu ketika dahulu. Rujuk sini. Akhir-akhir ni, ada seorang rakan yang pinjam untuk tujuan baik(aku assume) jadi aku biarkan sahaja beliau pinjam lama-lama. Jangan dirosakkan sudahlah. Memang aku beli untuk org gunekan dalam program-program baik. Tapi projector tu sangatlah tak bagus sebab ia hanya nampak terang bila tutup lampu. Tak pun biler berada dalam bilik yang gelap. Memang patut pun sebab namanya pun Home Cinema projector

Projector kali ni berjenama ACER, kira branded la jenama ni. Tipu sungguh sapa yang tak pernah dengar jenama ni. Kalau sebelum ni projektor aku hanya 1800 ansi lumens, kali ni 2500 ansi lumens. Dan kalau brightness sebelum ni 800:1, projector ni plak memilik kecerahan 3700:1!!. Alhamdulillah. Untuk mereka yang kurang paham, aku comparekan dgn saiz maximum yang boleh dihasilkan. Projektor lama tu hanya boleh cecah besar screen 1 meter setengah, tapi yang ini boleh sampai 7 meter!! mantap kan?

Harga asal makhluk Allah ni ialah GBP320, tapi oleh kerana curry(sejenis syarikat elektrik) tgh buat clearance, jadi die jual murah iaitu GBP198.50. Sapa-sapa nak pinjam untuk kegunaan Islam, dipersilakan...

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment