Monday, 7 November 2011

Salam AidilAdha 1432H bhgn 1

Bismillah..

Raya haji tahun ni sekali lagi disambut di United Kingdom. 3 tahun berturut-turut kami tidak merasai suasana penyembelihan seperti di Malaysia. Tahun ni raya haji tidak dapat dibuat secara beramai-ramai di dewan sebab LUMS tak dapat nak booking mana-mana dewan university. Walaupun sedikit kecewa, namun sambutan hari raya tetap berjalan seperti biasa. Pagi raya, jadual aku sudah bermula jam 4.45 pagi. Pagi-pagi lagi dah panaskan air untuk rebus nasi impit dan juga lemang segera. Sebelum bersiap sedia untuk bersembahyang di University.

Pada mulanya aku bercadang untuk solat di masjid e-abu bakar. Tapi bila diorg semua nak sembahyang di Uni, aku rasa macam tak syok, sebab bila lagi nak solat sama-sama dgn rakan-rakan yang lain. Almaklumlah, tahun terakhir la katakan. Kami semua bertolak ke University sekitar jam 7.45 pagi. Solat AidilAdha di University dijadualkan bermula jam 8.30 pagi. Sampai-sampai je sports Hall, sangat sikit org yang baru datang. Tahniah warga Malaysia kerana datang awal!!

Perjalanan ke University melalui Nelson Mandela Park.

Takbir raya yang amat berlainan dengan Malaysia. Kadang-kadang susah gak nak bajet.

Lepas solat, org melayu punyalah semangat bergambaq. Orang lain pun naik pelik. Smpai ade pak cik arab hujung kiri sekali pun teruja nak join.

Selepas solat, kami bersalam-salaman terutamanya sesama orang melayu(brunei dan malaysia). Seronok bila tengok semua orang ada sekali. cuma sedikit sedih sebab Naufal tak dapat balik sebab Outblock. Kirenya, sekali lagi kami takde gambar Raya bersama-sama. Bila keluar dari Sports Hall, ade disediakan sedikit makanan ringat(roti2, kek) dengan air zam-zam. Cume aku rasa die bubuh air mineral sikit dalam air zam-zam tu sbb nak bagi banyak kot. Rasanya lain. Lepas tu, kami semua keluar dari bangunan Charles Wilson untuk sesi bergambar.

Berikut merupakan gambar-gambar pilihan:

Seronok tengok semua orang ada. Naufal jelah yang takde rasanya.

Kami bergambar di satu-satunya taman dalam University. Depan Bangunan Fielding Johnson

Ni plak gambar pelajar Mathematics Batch aku. Lili dengan ain takde. tak tau pergi mana.

Boleh dikatakan, sangat lama sesi bergambar-gambar di kawasan University tu. Dan rasanya, orang lain yang lalu lalang pun nampak macam pelik je bila tengok kami. Bayangkan, lebih kurang 9.20 mula tangkap gambar, 10.15 baru habis dan kami berangkat pulang. Kali ni, kami semua lalu jalan lain plak. Ikut jalan Freemens, kemudian turun di Morrisons, melalui Brazil Street dan terus pulang ke rumah. Sempat jugak ambik gambar sikit-sikit tatkala tengah Autumn ni.

Sempat lagi bergambar sebelum pulang. Dua Izuwan. Kenapa gambaq aku semua kat kanan?

Daun kekuningan, autumn terakhir buat kami. Bersama dua junior baru di belah kanan.

Rumah aku kali ni diangkat sebagai rumah pilihan untuk muslimin berkumpul makan bersama-sama. Memang keluasan rumah kami sesuai untuk memuatkan sejumlah pelajar lelaki Malaysia di Leicester ni. InshaAllah, untuk bahagian kedua, kita akan lihat plak suasana berAidilAdha di 51, Burnmoor Street. Apa agaknya menu-menu yang disediakan oleh kaum adam kali ni. Memang tiada lansung campurtangan dari kaum Hawa. 100% tukang masak lelaki..

Bersambung..

Salam AidilAdha!!

Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment