Alhamdulillah, selepas beberapa hari tak dapat Internet wireless, aku mengambil keputusan untuk sambung sahaja kat wayar. Pagi tadi, wayar internet berukuran 15 meter akhirnya sampai kat rumah. Harga 2pound lebih je dan aku terus pasang sampai ke bilik. Sekarang bolehlah update blog. Musim sejuk semakin mendekati dan peredaran siang dan malam semakin kelihatan tak normal. Maghrib masuk pukul 3.58 petang, bayangkanlah betapa gelapnya kehidupan penduduk di UK sekarang..
Malam yang sangat panjang dan sejuk menyebabkan aku malas nak keluar rumah.
Oklah, hari ni nak berkongsi sedikit kisah menarik mengenai Sungai Nil. Hasil perkongsian dari usrah baru-baru ni.. Selamat membaca!!!
Ibn Kathir di dalam Tarikhnya menyebut kisah tentang sungai Nil di Mesir yang berhenti mengalir apabila umat Islam mengambil alih Mesir. Beliau menyebut:
Ketika pembukaan kota Mesir, penghuninya datang bertemu ‘Amr ibn al-’As (عمرو بن العاص - gabenor) di dalam bulan Ba-unah (بَؤُوْنَة) yakni bulan yang ke 10 bagi orang-orang Qibti Mesir. Mereka mengadu:
“Wahai pemimpin kami, sungai Nil kami, tidak akan mengalir dalam tahun ini, melainkan dengannya.”
Tanya ‘Amr ibn al-‘As: “Apakah perkara itu?”.
Mereka menjawab: “Apabila hampir malam 12 haribulan dalam bulan ini, kami mengambil seorang wanita dara dari kedua orang tuanya, kemudian kami jadikan kedua-duanya redha. Lalu kami hiasi wanita tersebut dengan sebaik-baik perhiasan, kemudian kami campakkannya ke dalam sungai Nil ini.”
Jawab ‘Amr ibn al-‘As: “Perkara ini tidak dibenarkan di dalam Islam, sesungguhnya Islam memusnahkan perkara sebelum ini (dari perkara-perkara yang seumpamanya).”
Lalu berlalu 3 bulan dan sungai Nil tidak mengalirkan airnya, ‘Amr ibn al-‘As mengirim surat kepada ‘Omar ibn al-Khattab di Madinah, lalu ‘Omar membalas suratnya dan menyatakan, apa yang dilakukannya ada benar, dan sesungguhnya aku telah mengutuskan bersama surat ini, sekeping tulisan, campakkannya dia ke dalam sungai Nil. Apabila surat ‘Omar sampai kepada ‘Amr ibn al-‘As di Mesir, beliau mengambil sekeping tulisan tersebut yang dikirimkan ‘Omar dari Madinah, di atasnya tertulis:
مِنْ عَبْدِاللهِ عُمَر أَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْن، إلىَ نَيْلِ أَهْل مِصْرَ، أمَّا بَعْد: فَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ مِنْ قِبَلِكَ، وَمِنْ أمْرِكَ فَلَا تَجْرِ، فَلَا حَاجَةَ لَنَا فِيْكَ، وَإنْ كُنْتَ إنَّمَا تَجْرِيْ بِأمْرِ اللهِ الوَاحِدِ القَهَّارِ وَهُوَ الَّذِيْ يُجْرِيْكَ، فَنَسْأَلُ اللهَ أنْ يُجْرِيَكَ
Maksudnya: “Daripada hamba Allah ‘Umar Amir al-Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir, Amma ba’d: “Jika sekiranya engkau sebelum ini mengalir dengan sendirimu dan kemahuanmu, maka janganlah engkau mengalir lagi, dan kami tidak ada keperluan terhadap kamu. Jika sekiranya kamu sebelum ini mengalir dengan arahan daripada Allah yang maha esa dan maha gagah, dan Dia yang mengalirkan mu, maka kami memohon kepada Allah untuk mengalirkanmu (semula).”
Lalu ‘Amr mencampakkan tulisan tersebut ke dalam sungai Nil, pada keesokan paginya Allah mengalirkan semula air sungai Nil.
Kesimpulan dari aku..
Para sahabat seperti abu bakar, umar bukan sekadar seorang Khalifah, malah mereka adelah Ulama', mereka juga seorang mujtahid, mereka panglima perang dan tawakkal mereka dengan Allah sangatlah tinggi. Adakah akan wujud kembali manusia2 biasa yang luarbiasa seperti mereka?
Wallahualam
Sekian dari Syuib0809
Kesimpulan dari aku..
Para sahabat seperti abu bakar, umar bukan sekadar seorang Khalifah, malah mereka adelah Ulama', mereka juga seorang mujtahid, mereka panglima perang dan tawakkal mereka dengan Allah sangatlah tinggi. Adakah akan wujud kembali manusia2 biasa yang luarbiasa seperti mereka?
Wallahualam
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment