Sunday, 20 November 2011

Persaingan sihat

Bismillah..

Sangat sibuk minggu ni dengan pelajaran. Aku terasa sangat banyak ketinggalan. Musim sejuk yang semakin menghampiri menyebabkan cuaca sangat malap-malap. Dan akhirnya menyebabkan aku sangat terasa mals dan nak tidur awal. Oklah, aku nak cerita mengenai kedai makan di Noughborough road. Lama kan tak bercerita pasal kedai makan? Dulu, waktu aku first year dan second year kat sini, Jalan Nghbrough boleh dikatakan dikuasai oleh Chicken Maryland. Jenama yang memang terkenal dekat Leicester. Waktu tu memang susah giler nak dapat promosi best2.


Tapi di hujung-hujung 2nd year aku, Big John's plak bukak cawangan diorang kat jalan tu. Kedai yang cantik dan baru berjinak di Leicester, aku ingatkan tak memberi kesan apa2. Promosi paling terkenal di Big John's ni ialah burger die yang berharga:

single: 1.29, double: 1.69 dan triple burger: 1.99.
Akibatnya, maryland menurunkan harga burger2 die hampir sama dengan BigJohn's ni. Tambahan lagi bila big John's ada meal super 5 yang berharga 1.25, maryland menyediakan promosi baru iaitu 3 meals berharga 1pound.


Bulan lepas, bila aku balik dari Malaysia, Big John's datang pulak dengan promosi Pizza separuh harga. Bayangkan harga Pizza sebesar 16" bercampur dengan unlimited topping, hanya berharga 5pound. Bandingkan dengan Malaysia je, dah memang kompem kalah. Menariknya, akibat dari promosi ni, maryland pulak buat promosi Pizza separuh harga yang tak pernah aku tengok die buat. Kali ni, 12 inci Pizza berharga 2.75pound!! Hebat kan?

Tadi aku pergi tengok BigJohn's jap. Tetibe die datang dengan promosi baru yang aku boleh katakan agak dahsyat. Iaitu 3 ketul ayam goreng campur kentang hanya GBP2.29. aku bukan minat sangat makan ayam goreng, apatah lagi yang rasanya lagi sedap kalau aku goreng. Tapi tadi, trylah beli set ni. Menanti apa yang bakal Maryland promosikan. Walaupun BigJohn's murah, tapi rasa ayam-ayam di Maryland memang sukar nak ditandingi. Ceewah..



Kesimpulan?
Monopoli sememangnya bukan kaedah perniagaan yang menguntungkan rakyat/pengguna. Persaingan dengan kawalan dari kerajaan, bagi aku adalah kaedah paling berkesan bagi aku. Dan bersainglah dengan sihat dengan menonjolkan kelebihan kita tanpa memburukkan lawan kita. Monopoli minyak di Malaysia dengan hanya beberapa syarikat besar bagi aku perlu dikaji semula. Dan menteri-menteri yang mengkhianati amanah rakyat, amat perlu disingkirkan sebaiknya. terkejut aku dengar berita Feedlot.

Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment