Dah 3 hari komputer aku tak dapat internet. Aku sendiri tak pasti kenapa, yang pasti ianya bukan salah internet sebab iphone dan ipad aku dapat internet. Syahir bagi tips utk selesaikan masalah ni, tapi sebaik sahaja aku nak try pagi ni, tetibe Allah dah baiki sendiri laptop ni. Alhamdulillah. Banyak nak update, tapi terpaksa tangguh post lain. Ni aku nak cerita pasal kisah semalam.
Aku semalam ke Leamington Spa yang terletak di Warwickshire. Bagi mereka yang selalu ke University of Warwick, mesti pernah dengar nama ni sebab bas ke University tu dari Coventry mesti akan tulis tempat ni. Aku ke sana bukan sebab ade program ke ape, tapi semata-mata nak ambik Projector Screen yang aku bid di Ebay. Jam 9.05 pagi dah keluar dari rumah dan pergi hantar basikal kat kedai sebab nak kena baiki brek. Lepas tu terus bertolak ke Nuneaton menaiki keretapi.
Sebenarnya, perjalanan ke Leamington Spa takdelah ambik masa yang lama. Tapi oleh kerana banyaktunggu between nak transit, perjalanan pegi dan balik memakan masa lebih 4 jam. So banyak masa habis kat menunggu je. Sebenarnya aku boleh balik lambat lagi sebab beli open return, tapi nak mengejar solat maghrib yang bermula jam 4 petang samapi 5 lebih, aku bercadang untuk pulang awal je ke Leicester. Ambik basikal balik dan sampai ke rumah kul 4.40 petang.
Malam plak Izwan and the geng buat program...
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment