Balik sahaja dari University, kami terus memulakan persiapan untuk jamuan makan Aidiladha. Rumah lelaki melayu kat Leicester ni ada 4 buah iaitu rumah kami, rumah Lutfi junior, rumah azizan and the geng dan yang terkhir rumah Apek(afif satari). Rumah aku ditugaskan untuk masak Rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang. Kerja-kerja memasak dibuat pada malam raya. Manakala meebus dibuat pagi raya. Olek kerana kami menjadi tuan rumah, memang agak sibuklah sedikit berada di dapur.
Beraya di Luar negara, banyak orang beranggapan makanannya tidak melayu lansung. Ditambah pulak "budak lelaki" yang kononnya dilabel tidak pandai memasak, mungkin rakan-rakan di Malaysia beranggapan kami akan ketandusan menu-menu raya di Malaysia. Namun hakikatnya, amat berbeza sekali. Jom tengok menu-menu yang seratus peratus dimasakk oleh kaum lelaki di bumi Leicester. Dan semuanya bujang lagi..
Makan-makan yang bermula jam 11 pagi tu tamat sekitar jam 1.30 tgh hari. Sebagai tuan rumah, kami memang dah biasa akan dapat lebihan2 makanan dan air dari mereka-mereka yang membawa potluck. Alieff plak bagi kek tiramitsu yang aku sangat minat. Satu hari je tinggal dalam peti sejuk, terus licin. Sebaik sahaja habis, kami semua terbaring kat atas sofa sementara menunggu solat asar yang masuk pukul 2.30 ptg macam tu. Baring-baring, habis terlelap dibuatnya. Memang penat sungguh sebab dari kul 5 pagi dah buat persiapan beraya.
Urusan-urusan pembasuhan dan pengemasan diserahkan kepada Ahmad sebab die tak terlibat dalam penyediaan juadah. Aku bangun je lepas maghrib, tengok semua bende dah kemas. Memang terbaiklah ahmad ni. Aku dapat mesej dari syahir yg postgrad jemput datang rumah, tapi tak tau pukul berapa. Oleh kerana dah penat sangat, aku tak terfikir nak naik basikal ke sana. Begitulah diari hari raya Aidliadha yang terakhir di bumi Leicester. InshaAllah akan dikenang sampai bila-bila.
Sekian dari syuib0809..
No comments:
Post a Comment