Tuesday 6 December 2011

Minat Giler yang Gila... Bhgn 2

Bismillah..

Sebenarnya aku nak buat sambungan post lepas pada hari jumaat. Tapi memang sibuk giler sebab terpaksa keluaq dari Leicester. Semalam plak terpaksa lah kejar balik ulangkaji yang sepatutnya dijalankan hujung minggu. Hari ni takde kelas, jadi aku pun ambik masa sikit update blog ni.

Sambung balik kisah hari tu. Mina aku kepada seistem tayangan tidak berhenti setakat projektor sahaja. Aku turut beli projektor skrin yang harganya sangatlah murah:

Yang ni harganya GBP1.35 je. tak percaya kan?

Yang ni plak harganya ialah 10pound. Aku ambik naik basikal kat kawasan abbey park.

Kedua-dua projektor screen ni aku ambik sendiri sebab kos kalau suruh die hantaq agak mahal. Almaklumlah bende besar. Sekali lagi sape nak pinjam, bagitau sahaja. Percuma.. Bende terakhir yang aku beli, dan memang aku dah tak nak beli bende dah pun ialah OHP(Overhead Projektor). Yang ini juga, memang harganya tak dapat lansung kat malaysia aku rasa. Aku beli sebab nak suruh Izwan buat Usrah. Sebelum ni die nak menulis, nak terangkan hukum tajwid punyelah susah menulis kat whiteboard. Jd, beli jela. baru sampai rabu lepas.

Bungkusan die punyelah besaq. Harga penghantaran 10pound

Tapi harga makhluk besar ni hanya 5pound aka 25ringgit

Murah tapi berfungsi dengan baik sekali. Tu die hasilnya.

Tu jelah kot nak cerita. Aku sekarang sangat jarang nak keluar rumah. Die punye sejuk memanglah teramat sejuk. Pergi masjid pun jarang sebab tak larat nak menempuh angin winter ni. Walaupun salji tak turun-turun lagi di Leicester, tapi aku dah pun berjumpa dengan salji weekend yang lepas. Walaupun musim sejuk musim yang agak lawa dan istimewa, tapi sangat tak larat untuk menempuhnya..


Sekian dari Syuib0809..

No comments:

Post a Comment