Aku sebenarnya nak menulis tentang penutup dan hari ketiga berjalannya Fuiyo. Tapi sayangnya, takde plak videonya kat youtube. Malah video yg sedia ade pun dah di delete. Jadi, kite lompat terus sebaik sahaja tamatnya Fuiyo. Sebaik sahaja aku tutp majlis dgn beberapa briefing, kami beramai-ramai tangkap gambar bersama. Cuma sayangnya, gambar2 tersebut hanya ada kat AJK media sahaja. namun begitu, aku ade gambar yang lebih menarik. Gambar yang berkaitan sendiri dengan nama blog ni syuib0809..
Fuiyo kali ni dihadiri oleh 4 generasi syuib(syu'bah ibadah) MUSCOM..
Sebaik sahaja tamat, kami semua beratur untuk ambik makanan dan seterusnya berkejaran kemas barang untuk pulang ke Plymouth. Ade 4 buah bas dan kesemuanya mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke MARJON, university bagi pelajar2 TESL dari Malaysia. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa rumah dan aku dapat duk kat rumah Junior bernama Affandi. Bersama-sama aku ialah Hilman, Shamsul, Jerung dan Hanafi. Tetibe terserempak sahabat lama dari kem Predepature, AMirul..
Malam tu, kami main teka-teki bahasa kelantan/terengganu. Shamsul akan cakap satu ayat dalam bahasa kelantan kemudian kami kene translate kepada bahasa melayu. Memang gelak sakan kami malam tu. Kemudian, aktiviti malam diteruskan dengan menonton filem yang bertajuk lucunya negeri ini. memang movie islamc yang sangat bagus untuk difikirkan. Kami kemudiannya tidur dan bangun keesokan harinya dgn sarapan terhidang di depan mata.
Sekarang tibalah masanya berjalan-jalan di bandar Plymouth..
Malam tu, syahir warwick sudah mule beransur pulang. Diikuti kepulangan beramai-ramai sekitar jam 7 pagi. tinggallah aku dan beberapa orang rakan. Datang rumah safwan junior untuk makan tgh hari dan aku kemudiannya pulang kembali ke rumah Nizam utk kemas barang dan berehat. Petang tu Nizam buat ayam masak lemak sebelum aku berangkat pulang ke Leicester. Di town, Affandi dan rakan-rakan sudah menanti untuk membawa aku ke Train Station. Sungguh terasa Ukhwah yang terjalin sepanjang 6 hari perjalanan ini..
Akhirnya kami berpisah.. Semoga berjumpa lagi.
Sekian dari syuib0809.
No comments:
Post a Comment