Bismillah..
Alhamdulillah baru pulang dari bumi plymouth, antara kawasan paling selatan di UK. Sangat seronok berjumpa rakan-rakan yg sangat lama dah tak bertemu. Aku 7 hari yg lalu bertolak ke plymouth namun akhirnya terpaksa ke Exeter kerana di sana adelah tempat untuk peserta/fasi/ajk berkumpul. Sempat bertemu rakan di program predeparture KPM iaitu Saufi. Terserempak kat train station sebelum aku bertolak ke exeter.
Aku pada mulanya ke Fuiyo atas jemputan menjadi Fasilitator. Setelah menghadiri briefing semua, tetibe ajk modul call mintak aku hadir sebagai pengacara majlis. Katanya, akan berduet dengan senior semesti aku iaitu Khairul Izwan ataupun jerung(nama samaran). Hari pertama, sebaik sahaja smpai aku tetibe menjadi ajk teknikal sebab banyak wayar yg aku bawak untuk Fuiyo ni. Siap bawak projector lagi sebagai back up. Giler punye semangat. Majlis dimulakan oleh jerung sementara aku set up ape yg patut. Oh, ni die hari pertama:
Bagi memudahkan kerja, aku bercadang untuk menjadi kem komanden dan menyerahkan tugas MC utama kepada jerung. Oleh kerana nak tanye bile waktu makan kat ajk dapur, aku pun pergi kat diorang after jd MC kejap. Tetibe nampak macam sikit je ajk dapur untuk Fuiyo ni, aku pun menyibuk tolong2 untuk isi makanan dalam dulang, takut lambat plak makan. Hehe. Dah lama nak jadi ajk makanan, cume asyik tak berkesempatan je keje. Menu malam tu ialah nasik ayam. Sangat sedap, cume mungkin awal2 susah nak bajet. Akibatnya, malam tu makanan agak sikit. Biasalah awal-awal. Malam tu gak ade makan roti dgn kuah kari. Yum yum..
Hari kedua, aku menjadi MC untuk slot-slot di awal pagi. Slot sembang pagi/coret pagi aku gunekan sebaik-baiknya untuk menceritakan kisah hebat Abu Ayub Al-ansari. Kemudian majlis diserahkan semula kepada jerung dan rakan2 manakala aku kembali meninjau2 suasana di dapur:
Sarapan hari kedua ialah bihun goreng. Makanan tengah hari plak ialah kari ayam dan telur goreng. Ntah macamne plak ari tu, aku tetibe menjadi AJK dapur Fuiyo yang setia dari pagi ke petang dan seterusnya smpai malam sebelum kembali menjadi MC untuk slot terakhir hari tu. Petang tu, aku membantu juju(Aizuddin) sebagai chef utama untuk masakan Ayam kicap berlada.. Nasi yang pada awalnya hanya 12 kilo kini menjadi 20 kilo. Kalo tak kenyang memang tak taulah nafsu ape.
Selesai sahaja mengendalikan slot ASDA(Apa Saya DApat), aku kembali ke dapur membantu ape yang patut dan akhirnya tamatlah tugas aku hari tu..
Sekian dari syuib0809..
Bersambung
No comments:
Post a Comment