Thursday 15 December 2011

Perang media: Positif atau negatif?

Bismillah..

Salam malam jumaat semua. Hari ni mari kita bercerita tentang media baru iaitu internet. Mungkin dulu, ramai orang hanya bergantung kepada Televisyen dan Surat Khabar untuk mendapatkan maklumat, namun kini segalanya cukup berlainan sama sekali. Ke"muak"kan dan ke "jelik"kan masyarakat kepada media utama(tv3,rtm, utusan) menyebabkan masyarakat mula menjadikan FB/twitter/youtube dan blog sebagai medium untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang lebih tepat.

Baru-baru ni, seorang rakan aku tunjukkan video yang diberi jolokan sebagai "SEMBANG RAKYAT". Video die cukuplah berkualiti, tapi pelakon, skrip, mesej yang cuba disampaikan boleh dikatakan sangat TERUK. Kutuk undang2 kerajaan Malaysia bermaksud kutuk kerajaanlah, kutuk undang2 Allah bermaksud kutuk Allah la.. Simple?



Boleh dikatakan kami semua sangat marah biler tengok video ni. Geram sangat kenapa orang Islam sendiri nak rendahkan Hukum yang Allah cipta. Kalau DAP,MCA semua tu oklah lagi sebab memang diorang bukan orang Islam. Melihat jumlah yang sgt ramai dislike video tu, memang obvious video tersebut ialah "sampah"!!

Oleh kerana geram tengok video tu, aku teringin nak tengok video balas. Bukan nak video balas pasal politik, cukuplah sekadar terangkan kembali segala kekusutan yang ditimbulkan oleh video "Sembang Rakyat" tu.. Kalau takde, memang akan ade org yang terpengaruh dan semakin terpesong aqidah mereka. Dan akhirnya, muncullah video ni:



Kualiti video? Mantap..
Pelakon? Ustaz2 yang terserlah kesucian wajah mereka tanpa mekap
Mesej? Betulkan salah faham tentang Hukum Allah
Politik? Takde lansung sebut PAS ke UMNO ke...
Pelakon tambahan? Terbaeekk la MatluthFi.....

Sekian dari Syuib0809..

No comments:

Post a Comment