Dalam pukul 6 petang tadi, aku kena hantar barang dekat-dekat dengan town. Oleh kerana aku sangat jarang keluar malam, jadi ambiklah peluang kejap singgah kat town. Leicester ni memang lawa sebenarnya malam-malam. Bukan apa, sebab memang majlis pembandaran pasang sangat banyak lampu-lampu. Tapi pasal sekarang dah sejuk, sikit jelah orang nak keluar malam-malam. Memang pelik kat sini, suasana malam di sini jauh lebih sunyi berbanding di Malaysia yang dikatakan negara Islam.
Destinasi pertama aku sudah tentulah taman yang ade patung singa..
Oleh kerana aku parking basikal kat depan kedai makan maryland, aku berjalan kaki ke tengah pekan sambil bawak tripod dan kamera. Nampaklah beberapa mata yang pelik memandang aku. Relakslah, bukan orang kenal pun. Sekarang ni, memang dah mula start buat persiapan Christmas. Kat tengah town macam biasa diorang akan letak pokok krismas yang sangat besar. Peluang yang ade gak aku gunakan untuk belajar macamne nak adjust camera terutamanya nak tangkap gambar waktu malam.
Sekian dari Syuib0809
salam syuib. Kak zura dulu pun belajar di De Montfort Graduated in 1996. Seronok tengok posted photos by you in this blog.
ReplyDeleteTerima kasih kak kerana tengok2 blog ni..
ReplyDelete