Bismillah.
Sebenarnya aku tengah study sekarang ni. Tapi oleh kerana menjawap beberapa kekeliruan, aku cuba untuk menulis sebentar. 10-5 tahun dahulu, mungkin kita buat dan tinggalkan sesuatu kerana hukum haram/harus/makruh/ sunat. Malah banyak antara adat/budaya/kebiasaan yang salah diamalkan, hanya kerana tidak pernah ditegur oleh org2 agama. Contoh yang lazim ialah berzanji/bermarhaban oleh kaum2 wanita. Banyak kat melaka kot, sebab kampung aku selalu aku nmpak wat macam tu. Rupe2nya banyak pendapat mengatakan ianya haram. Kecetekan pengetahuan agama dan jarangnya majlis-majlis ilmu menjadi penyumbang terbesar kepada berleluasanya amalan perkara2 sebegini.
Hari ni, aku teringin berkongsi jawapan persoalan gantung gambar makhluk bernyawa.
Bila dengar penjelasan ustaz ni, aku mungkin persoalkan lagi hukumnya sebab ade gambar yang kita simpan untuk kenang-kenangan. Supaya tidak terlalu ekstrem, aku rasa oklah kot kalo gambar biasa-biasa. Sampailah aku dgr peristiwa aisyah dan nabi muhammad ni. Kalau dulu mungkin kita buat/tinggal sesuatu kerana hukum, tapi kini baru aku sedar yang kita patut buat/tinggal sesuatu hanya kerana nabi dan Allah. Ape yg nabi tak suka tinggalkanlah, sebab nabi adalah manusia yang paling kita sayang. Kalau tak, kita perlu persoalkan, adakah kita benar-benar sayangkan nabi?
Video pertama, mungkin ade beranggapan kononnya gambar pemimpin negara, yang video kedua mungkin kita memandang ianya sebab binatang. Bayangkan burung yg sekadar jadi corak kat langsir pun nabi dah marah, apetah lagi yg digantung besar2. Macamne kalau Nabi masuk rumah kita? Aku masih cuba untuk longgarkan pendapat tentang gantung gambar ni, sampailah aku jumpe lagi ulasan Ustaz Azhar Idrus yang terakhir:
Akhirnya, aku sedar tidak ade masalah nak simpan gambar yang dicetak untuk kenang-kenangan. Contoh macam dalam buku gambar/gambar yg diframe, tp disimpan dan hanya dikeluarkan sekali-sekala. Masalahnya datang bila ianya digantung secara berterusan dan tiada lansung tujuan yang jelas. Aku secara jujurnya berasa lebih "selamat" untuk kita tinggalkan perbuatan menggantung gambar dan berpindah kepada simpan gambar sahaja. Simpan sahaja di laptop/ipad/buku gambar/blog dan sebagainya. Sama sahaja fungsinya InshaAllah.
Terlalu banyak yang kita tidak tahu tentang Islam, dan dah tiba masanya kite belajar.
Dah tiba masanya juga kita lakukan dan tinggalkan sesuatu perkara kerana cintakan Allah dan Rasulnya..
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Sekian dari syuib0809.
No comments:
Post a Comment