Friday 25 June 2010

Kembara ireland seorang diri(masjid dublin)

Bismillah.

Hari terakhir aku di ireland aku habiskan dengan membeli beberapa cenderamata di bandar dublin. Namun begitu, sebelum aku berangkat ke bandar Dublin, Usop sempat menasihati aku untuk pergi ke satu shopping complex yang agak besar di luar kota Dublin. Oleh kerana bas agak jarang ada pada hari ahad, aku hanya berjalan kaki menuju ke tempat tersebut. Tiada apa yang special, cuma ada tempat membeli-belah yang barangkali sangat diminati oleh kaum hawa. Hanya sebentar sahaja rasanya aku di situ, lepas tu terus aku ke bandar.

Selepas puas membeli-belah di CARROLLs, aku terus balik ke rumah Usop. Oleh kerana aku perlu balik awal-awal pagi, maka aku perli berehat dan kemas barang aku yang sememangnya tersadai di rumah Usop. Tepat jam 2.50 pagi, aku bertolak daripada rumah Usop, menyelusuri lorong2 menuju ke perhentian bus yang mengambil masa 15 minit. Walaupun berjalan seorang diri gelap-gelap macam tu, tiada pun naluri takutkan hantu seperti di Malaysia. Hehe. Oklah, sebelum tamatnya cerita hari ini, mari kita bercerita sedikit tentang masjid2 di Dublin.

Antara masjid yang aku selalu sembahyang maghrib, isyak dan subuh ialah di Masjid yang berdekatan dengan rumah Usop ni. X pasti lah ape nama masjid ni, tapi memang cantik. Rasa macam kat Malaysia pulak. Masjid ni adelah sumbangan orang-orang Islam di sini. Walaupun bilangan jemaahnya tidaklah sehebat England, namun ahli-ahli jemaah di masjid ni terdiri daripada pelbagai kaum. Kalau di England mungkin aku hanya selalu melihat orang pakistan dan juga somalia, di sini lain pula jadinya. Usop kata, kebanyakan daripada mereka adelah pelarian yang datang ke Ireland. Bila dilihat, ada juga baiknya, mengiktiraf pelarian di sesebuah negara. Bukan saje membantu diorang, malah jua dapat mengurangkan kadar jenayah sebenarnya.

Masjid yang besar dan sangat cantik. Ade kedai di bawah, ade bilik seminar dan macam-macam lagi. Hasil sumbangan orang-ramai.

Masjid ni menjamakkan maghrib dan isyak sekali. Ingat lagi artikel aku tentg sembhyg di musim panas? Kalau di leicester, sembhyg dibuat asing-asing.

Dua kanak-kanak yang menarik hati aku. Dalam umur sebegini sudah membiasakan diri dengan solat sunat. Baguslah korang ni.

Antara masjid yang paling aku tertarik sekali di Dublin ni ialah Dublin Mosque yang terletak berhampiran rumah Aus. Kenapa ianya menarik? Masjid ini merupakan masjid yang diubahsuai daripada sebuah Gereja. Aku pun tak tahulah macam mana diorang boleh dapat gereja ni, tapi memang aku rasa sangat rendah diri melihatkan mereka-mereka ini yang sanggup menghabiskan duit dalam membina masjid di bumi orang bukan Islam. Teringat kata kawan-kawan aku dulu di kolej, "kite ni dah la tak buat masjid, tak juga bagi sumbangan kat masjid, nak datang masjid yang punya senang tu pun kita tak boleh nak buat. aduih"

Masjid bekas gereja. Selalunya, di bulatan itu akan diletakkan patung jesus disalib. Tapi masjid ni buang dan letak kalimah Allah.

bahagian dalam. Aku dah jamak solat asar time zuhur tadi. Maka, tangkaplah gambar orang2 yang tengah sembhyg asar ni.

Masih ingat solat jumaat aku? Solat jumaat aku yang ditunaikan di sebuah masjid terletak di tengah-tengah kota Dublin merupakan sebuah masjid yg sangat sukar untuk dijumpai. Bayangkan, hanya ade sebuah pintu kecil untuk masuk ke masjid tersebut yang terletak di deretan rumah-rumah kedai. Usop kata, sewa masjid ni juga sangat mahal. Kesian.. Masjid ini, agak dipengaruhi oleh budaya pakistan dan juga sufi.

Satu-satunya pintu masuk ke masjid ni. Masjid Anwar E-Madina

bahagian dalam yang agak luas sebenarnya. Kat belah kanan, ada lagi satu bahagian. Khutbah dia mula-mula macam ckp pakistan n then baru cakap bhs Inggeris.

5 hari berada di Dublin sememangnya suatu pengalaman yang sangat menarik ditambah lagi dengan pengembaraan seorang diri. Usop dan juga Irfan yang sememangnya sangat baik hati, malah kaya dengan ilmu agama banyak berkongsi apa yang mereka tahu. Di rumah Usop sendiri, memang terlampau banyak buku agama sampai hmpir 3 almari aku rasa. Usop bagi aku 2 buku untuk aku baca iaitu "Memperingati 100 tahun imam hassan AlBanna" dan "Rahsia khusyuk dalam solat". Tapi aku baca sikit je buku2 tu, yang aq tertarik adelah buku sirah Nabawiyyah sebab ia macam buku cerita. Hehe..

Usop yang sememangnya tak boleh nampak kamera. Hehe. Terima kasih banyak-banyak ye Usop. Walaupun tua 3 tahun daripada aku, tapi sangat sempoi. Huhu

Brother Irfan yang sangat pemalu. Tapi dia ni pandai berbahasa Arab. Tua 3 tahun jugak daripada aku dan tengah ambik medic.


Sekian untuk perkhabaran di Ireland.
Antara bende paling banyak yang aku belajar ialah macam mana nak tangkap gambar seorang diri. Lagi satu, orang2 di sini sangat baik hati, ade sorang ni tolong tangkapkan gambar aq lepas tengok aku terkial-kial setting camera aku. Haha.. Esok menuju ke London!!

Contoh gambar-gambar yg diambil seorang diri.
Selamat TINGGAL Dublin!!

No comments:

Post a Comment