Marilah kita berhenti sejenak merenung kisah seorang pemuda.
Moga ada ibrah dan hikmah yang boleh kita teladani dari kisah berikut.
Ini adalah kisah Ibrahim Nasser , seorang pemuda yang tinggal di Bahrain.
Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan kepala dan jari-jemarinya .
Bahkan, pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheikh Nabeel al-Wadi’ , seorang ulama’ Kuwait. Maka , ayah Ibrahim telah memohon pada Sheikh Nabeel al-Wadi’ agar dapat menunaikan hajat Ibrahim yang ingin bertemu dengannya.
Ibrahim sangat2 terkejut dan gembira ! apabila dia mendapati Sheikh Nabeel al-Wadi’ membuka pintu biliknya.
Perasaannya yang gembira , jelas terlihat pada wajahnya , hinggakan Ibrahim kehilangan kata2 pada mulanya ..
Sheikh Nabeel mengucup dahi Ibrahim
Kita dapat perhatikan yang pertemuan ini sangat hangat dengan mahabbah dan rahmah . Ibrahim dan Sheikh Nabeel saling bertukar-tukar cerita , antaranya berkisar dakwah di internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya .
Sheikh Nabeel bersama bapa Ibrahim serta bapa saudaranya
Ketika mereka sedang berbual , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan pada Ibrahim….hingga membuatkan jiwanya sebak , tidak mampu menahan lalu menghamburkan air mata .
…tidak mampu membendung kesedihan ketika mengenangkan penderitaannya
Hairan . Soalan apakah yang telah ditanya oleh Sheikh Nabeel hinggakan mengusik jiwa Ibarahim ?
Sheikh Nabeel mengusapkan air mata Ibrahim dan menenangkannya
Sheikh Ibrahim telah bertanya padanya :
Sekiranya Allah mengurniakan padanya nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan , apakah yang akan dilakukannya ?
Sahabat sekalian, soalan inilah , yang telah mengusik jiwa Ibrahim hingga dia menangis semahu-mahunya… bahkan , jiwanya yang sebak turut dirasai oleh semua orang yang berada di biliknya ketika itu , termasuklah jurugambar . Mereka turut menangis bersama Ibrahim .
Ibrahim menjawab :
Demi Allah , kiranya aku boleh berjalan , aku akan menunaikan solat di masjid dengan penuh gembira dan akanmenggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah'
No comments:
Post a Comment