Semalam, mengikut perancangan manusia biasa iaitu aku, syahir dan Izwan, kami akan ke carboot dan kemudian melawat binatang di sebuah farm. Entahlah, memang aku teringin nak pergi farm tu, bukan sekadar untuk melawat binatang, tetapi teringin gak nak perah susu lembu, cukur bulu biri2 dan main sorok2 dengan babi hutan(fakta salah). Ditakdirkan Allah, kami keluar jam 8.20 pagi dan mengikut ramalan cuaca, hari ni akan cerah. Jalan punya jalan, sekali hujan pulak kat tengah jalan. Hujan die bukan hujan renyai macam biasa, hujan yg turun tetibe pulak lebat. Maka, kami tersangkut di tgh jalan.
Setelah puas berfikir, kami pun membuat keputusan untuk membatalkan lawatan kami ke carboot dan farm. Ye la, mana la ade carboot hujan-hujan ni. Kalau pergi farm pun, mesti basah sana, lecah sini. Dan assumption kedua kami ialah di UK, hujan sangat lama, die bukan style hujan kejap-kejap lepas tu g tempat lain, memang biasanya lama. Pagi tu jugak, rahil loughborough ajak Izwan untuk ke birmingham sebab nak hantar barang. Sambil2 tu, menziarah golongan postgrade di sana.
Ape lagi, aku dengan syahir pun ikutlah sekali. Dalam pukul 10 rasenye kami bertolak, menuju ke birmingham. Selepas 45 minit, kami akhirnya sampai di rumah bro Azam dengan menaiki kereta honda ustaz mazrul.
Antara tujuan utama Rahil ke birmingham adelah untuk menghantar barang ke viva palestin. Aku ingat hantar barang apa, rupe2nya diorang tolong jualkan barang milik viva palestin dan hantar balik beberapa barang ke kedai tu selepas habis menjual. Bagus rahil dan kawan2 die ni, semangat sangat dalam memperjuangkan Islam. Satu persamaan aku dengan rahil ni ialah, dia ni dari teluk intan. Siap pernah kerja kat mastan ghani lagi tu. Selepa tu kami menuju ke kedai makan kegemaran aku, As Samaah. Makan ape? MINDI la wow!
Bahagian yang akan jadi paling berat bukanlah perut, bukan jua hempedu dan sebagainya tetapi mata. Lepas makan, kami menunaikan solat zuhur di masjid dan waktu ni ya Allah, memang sangat mengantuk. Apepun, urusan kami di birmingham masih belum selesai. Kami seterusnya ke supermarket bernama AL-HALAL untuk beli buah tangan. Rumah pertama? Abang rijal..
Aku tak kenal pun semua orang yang rahil dan Izwan nak jumpa ni. Tapi diorang memang baik. Masing-masing ada gaya tersendiri. Abang rijal ni jenih yang agak senyap gak nampak. Cakap pun perlahan je suara. Tapi lawak2 die semua high class punye. Memang asyik tergelak je pergi rumah die. Die ade 4 orang anak. Sorang baru je lahir, diberi nama khalis. Rahil target satu rumah satu jam. maka lebih kurang satu jam, kami ke rumah lain plak.
Perjalanan di teruskan lebih kurang pukul 4 petang. Kali ni menuju ke rumah ustaz yunus pulak. Seronok gi rumah ustaz ni, sebab anak-anak die semua peramah dan diorang pun membesar di Malaysia. Lebih seronok lagi, kami dihidangkan dengan laksa dan macam-macam makanan. Ustaz pun jenis yang lawak. Lebih menarik lagi, isteri beliau orang Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak. Kegemaran ustaz aku rasa suka berjalan-jalan sebab mcm2 tempt die bawak anak die g bercuti. Memg banyak aku dpt kat umeh ustaz.
Sampai di rumah bro Azam, sembang jap dengan anwar fahmi, fasi aku waktu MOC. Die baru balik dari BELFAST petang semalam. Lepas sembang, kami pun menuju kembali ke leicester manakala rahil akan ke Loughborough. Sampai rumah Izwan, Naufal pulak masak bihun. Makan lagi. haha. Lepas makan, balik rumah dan berakhirlah post kali ni. Aku barangkali akan jarang untuk update blog selalu cuti2 ni. Jarang ade di rumah. maaf
sekian
No comments:
Post a Comment