Saturday, 5 June 2010

Bersyukur.. Gunakan pada tempat yang betul

Bismillah

Sudah 2 hari tidak menyentuh blog ni. Lepas abih exam, macam-macam perkara yang mendatang dan terpaksa difikirkan. Banyak amanah yang tertangguh dan masih belum sempat disempurnakan. Mohon Allah permudahkan kerja aku dan elakkan aku daripada wat perkara yang sia-sia.

Hmm, oklah. Pernah tak korang pergi ke jamuan atau kenduri n then sekali makanannye memang sangatlah "miskin". Contohnye, buat jamuan raya kat rumah, tapi kasi makan kerepek je. Tak pun bubur nasi ditambah dgn kicap masin. Kemudian kite komplen. "la, takkan makan ni je?" bukan ape, kite tengok orang dia punyalah berkemampuan tp sekali hidang bende2 macam tu je. Yang tak syoknye, sekali kawan kite pun tegur "bersyukurlah, ce tengok orang-orang afrika yang terpaksa makan daun dan rumput, lagi kesian."

Komen aku: Aku tak setuju!!

Contoh lain, seorang lelaki yang berpendapatan tinggi mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di sebuah sekolah kerajaan. Yang sedihnya, sepanjang satu tahun, baju sekolah anak ni ade satu helai je. Hinggalah pertengahan tahun, baju anak ni lusuh dan mungkin jua kuning dsebabkan asyik pakai baju yg sama. Anak pun mintaklah kat ayah untuk belikan baju yg baru. Bukan tak boleh pakai baju yang lama, tapi keadaan sebegitu sgtlah menyedihkan si anak. Jawapan ayah? "adik, adik kena bersyukur, ayah dulu waktu sekolah ada satu helai je baju sepanjang dua tahun ayah sekolah. Ce adik tengok orang2 miskin tu, pegi sekolah pakai baju yg koyak2, lagi teruk.."

Komen aku: aku tak setuju!!

Banyak perkara yang kita tidak boleh berikan perbandingan sebegini. Kerana kita ada kemampuan dan kita berupaya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Yang menjadi tidak bersyukurnya ialah bila kita lupa bahawa itu semua datang drpd Allah. Malah kita jadi sombong kerana mendapat nikmat yang lebih berbanding orang len. Islam tidak pernah menghalang manusia hidup dengan baik, namun janganlah cintakan dunia sehingga melupakan akhirat. Kerana kita ini hidup semata-mata untuk Allah.

Maka, apakah perbandingan "syukur" yang kita boleh berikan?
Kita boleh berikan perbandingan apabila kita melihat budak-budak yang diberikan peluang untuk bersekolah hari ini mengsia-siakan peluang itu. Mereka yang datang ke sekolah bukan untuk belajar, tetapi untuk menjadi samseng, yang datang untuk bercintan-cintun, yang datang hanya sekadar untuk main2, maka inilah manusia yang TIDAK BERSYUKUR di sisi Allah. Sedih bila aku tengok murid2 sudah tidak lagi menghormati guru, apatah lagi yg sanggup pukul guru.

Mahu tengok apa yang terjadi di SEKOLAH PALESTIN?




Hari-hari kita fikir, macam mana nak ponteng sekolah?
Hari-hari mereka berfikir, bagaimana nak pergi sekolah?

Asyik-asyik kita fikir, nak buat apa dekat sekolah?
Asyik-asyik mereka berfikir, bolehkah aku belajar di sekolah?

Hari-hari kita merempit pergi sekolah, tak takut 'mati'
Hari-hari mereka bersemangat ke sekolah, walau berdepan dengan 'mati'

Mereka mahu belajar untuk meninggikan martabat Islam..
Kite mengelak untuk belajar dan meruntuhkan agama Islam






Setiap hari kite ke sekolah, kite mengelak untuk jumpa ibu kita.
Tak mahu salam dengan ibu kita. Tak mahu cium tangan ibu kita.Aku dah besar, dah pandai jaga diri, cium-cium tangan ni budak-budak je buat. Panjangkan nyawa kita? Kita tidak sabar menunggu dewasa, kononnya mahu bebas. Sedangkan mereka, tidak lansung sempat mengenal erti dewasa, apatah lagi mengenal erti bebas.



Bangunlah wahai PEMUDA SEKALIAN!!
Jangan PERBODOHKAN diri kalian yang sudah sememangnya HINA!
Pohonlah ampun dan petunjuk daripada Allah, kerana Allah tuhan yang satu.
Lupakan AKADEMI FANTASIA!!, buangkan semua JAHILIYYAH!! Kutiplah Islam yang bertebaran di muka bumi ini.. Kita tidak ada apa-apa lagi pilihan. Jika kita tidak beroleh syurga, hanya satu tempat sahaja yang kita akan perolehi, itulah dia neraka yang SANGAT dahsyat hukumannya.

Maafkan aku wahai saudaraku di Palestine,
Maafkan aku

No comments:

Post a Comment