Bismillah
Dah lama gak tak update blog ni. Sepanjang 5 hari ni, aku berada di bumi Nottingham yg hanye mengambil masa 30 minit sahaja perjalanan dengan menaiki train. Barangsiapa yang kenal dengan iLuVislaM.com , mungkin akan tahu 5 jejaka yang telah bersama-sama menubuhkannya. Sekarang ni, 2 orang sudah pun berada di Malaysia, manakala 3 orang lagi masih berada di UK. Salah sorangnya, IZWAN senior aku yang dah beberapa kali namanya disebutkan dalam blog ni.
Lawatan ke aku ke Nottingham kali ini bersama pula dengan saudara Firdaus Rahim yang juga merupakan sahabat baik IZWan. 5 hari berada di rumah beliau, memang banyak yang aku dapat, malah jua dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Bukan apa, dia ni medic, jadi selalu sibuk. Maka sempena dengan musim cuti die ni, aku pun kacaulah die sekejap. Kat nottingham ramai yang aku kenal, tapi tak rapat sangat. Jadi, segan nak tumpg rumah org lain.
Daus ni orangnya bergaya sikit. X percaya?
Aku takdelah banyak sangat bersiar-siar. Cuma, adelah g sekitar universiti of Nottingham ni. Itupun untuk solat jumaat bersama Daus dan Hazwan.
Hari jumaat tu juga, aku dibawa bersiar-siar sedikit di Nottingham. Bersama dengan orang kuat nottingham gak iaitu CHA atau nama sebenarnya Faizal. Lepas penat-penat jalan, kami pun pergilah makan kat satu kedai makan ala-ala India. Diorang semua ni pun dah lama tak makan sini, iaitu DESI Express. Maka, aku layan je lah diorang ni. Balik daripada makan, kami sembahyang asar di sebuah masjid berdekatan. Dalam masjid tu ade 2 orang pak cik pakistan yang sedang duduk2. Sementara menunggu, maka bersembanglah kejap dengan pakcik2 tu. Antara soalan menarik yang pak cik ni tanya ialah "Kalau kat Malaysia dah ada bidang perubatan, kenapa perlu hantar ke luar negara?"
Lepas tu diorang jawap sebab nak dapatkan banyak lagi doktor. Pak cik tu pun sambung "Kalo nak ramai lagi, kenapa x tambah lagi tempat/universiti yg menyediakan bidang perubatan?". Menarik gak untuk kita fikirka. Soalan yang lucu daripada pak cik tu ialah " Biasanya orang Malaysia ada berapa orang Isteri?" Haha. Setelah pulang ke rumah, kami sekali lagi pergi ke surau Nottingham untuk solat maghrib. Malam tu, ramai sungguh orang melayu kat situ, Menariknya, Izwan senior aku pun ade kat situ. Maka, terjadilah jejak kasih sahabat2 lama.
Pada hari ahad, yakni pagi tadi, aku dibawak daus untuk pergi ke carboot berdekatan. Tak sangka betul aku daus ni seorang yang sangat menarik untuk dibawak ke carboot. Macam-macam die ni beli di carboot. Kami dapat pinggan yang dekat 30 keping dengan harga hanya 1 pound. Dan juga 1 kotak buku kanak-kanak dengan harga 5 pound. Peringatan, 1 kotak tu!!. Sedang berjalan-jalan cari buku, tetibe daus terjumpa buku "MEN ARE FROM MARS.. women are from venus" by John Gray. Oleh kerana daus dah pernah baca, die pun suruh aku beli untuk baca.
Daus kata buku ni sesuai untuk nak kahwin nanti. Haha
Apepun, terima kasihlah daus atas layanan yang baik sepanjang aku berada di NOttingham. Pagi tadi, die masak nasi lemak. sedap.. Yang aku tak dapat lupakan, Hari ni juga kami kene tipu hidup2.
Sekian untuk hari ni..
Salam
No comments:
Post a Comment