Sewaktu kami merancang perjalanan ke Ireland, kami telah membahagikan tugas kepada setiap orang. Aku diberi urusan penempatan manakala herman diminta menyusun perjalanan kami sepanjang kami berada di Bumi Ireland. Oleh kerana herman ditakdirkan tidak dapat pergi bersama-sama aku menuju ke Ireland, maka aku tidak tahu sebegitu banyak mengenai Ireland. Tak tahu pun nak jalan mana sebenarnya. Nasib baik ade usop.
Setelah puas mengelilingi Bandar Dublin sepanjang hari jumaat, aku mintak Usop tunjukkan aku tempat-tempat lain yang menarik di Dublin. Mengikut perancngan Herman, sabtu itu akan kami gunakan untuk melawati Galway yang terkenal dengan pantainya. Namun begitu, pergi ke sana seorang diri bukanlah satu idea yang bijak tambahan lagi kebanyakan orang Malaysia di sana sudahpun pulang ke Malaysia bercuti. Oleh sebab teringin sangat nak tengok pantai di Ireland, maka aku pun tanye Usop kut2 ade pantai di Dublin. Lalu Usop pun tunjukkan arah dalam peta.
Destinasi pertama: Dun LaogHaire.
Aku tak pasti sangat ape kategori tempat ni. Walaupun terletak di kawasan pinggiran laut, tempat ni sangat tak sesuai untuk mandi-manda. Baunya yang agak busuk dan penuh dengan batu-batu menyebabkan aku agak tawar hati dengan tempat ni. Nampak macam lawa, tapi biasa je sebenarnya. Setelah pusing-pusing di sekitar kawasan Dun Laoghaire, aku akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke pantai kedua yang terletak agak jauh dari situ.
Perjalanan aku menuju kedua-dua pantai ni adelah dengan menaiki bas yang berasingan. Perjalanan orang asing seperti aku, ditambah lagi dengan hanya melancong seorang diri, menyebabkan aku lebih banyak belajar untuk berdikari dan berani dalam membuat keputusan. Yela, kalau ade kawan-kawan lain memang aku malas nak pikir pasal nak naik bas ape ni. Ikut je diorang. Setelah hmpir setengah jam, sampailah aku ke destinasi kedua: BRAY
Sewaktu Usop briefing aku macamne nak pergi kedua-dua pantai ni. Usop ade sebut pasal sebuah bukit di BRAY ni. Usop kate, "ko mesti panjat bukit ni(sambil menunjuk kepada Map)".. Maka, tanpa berfikir panjang, aku pun mendaki bukit tersebut untuk melihat pemandangan daripada atas bukit. Di permulaan pendakian itu, memang terdapat jalan yang khas untuk pelancong-pelancong yang datang ke situ. Sampailah di satu pertiga perjalanan, tiada lagi jalan yang khas untuk naik ke atas. Yang ade hanyelah lorong2 kesan peninggalan orang yg pernah naik ke atas.
Oleh kerana Usop kate mesti naik bukit tu, maka aku pun meneruskan perjalanan meredah hutan tak belantara tersebut. Jalan-punya jalan barulah aku perasan rupe-rupenya aku sorang je yang naik ikut jalan tu sampai atas. Memang takde orang lain dah. Oleh kerana aku sudah hampir satu per dua perjalanan, maka aku meneruskan sahaja pendakian aku ke atas. Sampailah satu tahap yang aku kira cukup berbaloi untuk aku berhenti, maka aku pun berhenti. Lihatlah betapa cantiknya ciptaan Allah:
Pemandangan dari atas..
Bukti sampainya aku di sini. Korang rasa macam mana la aku ambik gambar kat sini? Suruh harimau tangkapkan?
Bukti sampainya aku di sini. Korang rasa macam mana la aku ambik gambar kat sini? Suruh harimau tangkapkan?
Setelah semakin menghampiri jam empat petang, aku akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke bandar Dublin. Kali ini, aku sempat membeli beberapa cenderamata sebagai buah tangan untuk orang Malaysia. Cukuplah rasanya untuk hari ini sebagai catatan aku di bumi Dublin. InshaAllah, esok kite ceghite bende lain pulak pasal Dublin. Sebelum tamat, meh sama-sama renungkan hadis ni:
Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sekian.. Bersambung..
No comments:
Post a Comment