Tuesday, 15 June 2010

Kisah teladan. TUKANG KAPAK

Bismillah.

Sebelum berangkat ke birmingham esok, bagus gak kalau kite renungkan sebuah kisah yang sangat menarik. Aku rasa kisah ni bukanlah kisah yang benar. Berjumpa dengan Malaikat terutamanya di dalam kubur bukan sesuatu yg menyeronokkan, malah kita pasti berasa gerun dan sangat takut. Apepun, kisah ini sangat berguna untuk kita muhasabah diri kita yang tidak pernah sudah berlumba-lumba mengumpul kekayaan. Kisahnya begini:

Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu waiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu.

lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.


Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata.

wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.

adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.

lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di sediakan.

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya

setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut.

si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir.

tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

apa yang kau buat di sini.

aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

apa harta yang kau ada sekarang

aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

dari mana kau dapat kapak ni

aku membelinya

lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni?

aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut

pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni

kat hutan mana ada orang punya pokok

adakah kau pasti

lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat

adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual.

aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut.

berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut.

si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi.sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.

Lihatlah, setiap manusia akan dipersoalkan dari mana harta yang die dapat dan kemana harta telah ia gunakan. Ini jelas dalam sebuah hadis:

Maksudnya : Daripada Ibnu Mas’ud daripada Nabi Saw bersabda : Tidak berganjak kaki anak Adam berdiri di hadapan Allah pada hari Qimat sehinggalah dia ditanya tentang lima perkara iaitu umurnya bagaimana ia dihabiskan, waktu mudanya bagaimana digunakan, hartanya bagaimana diperolehi dan bagaimana pula harta itu dibelanjakan dan ilmunya apakah ia telah amalkan ?

Sekian untuk hari ni
Salam

No comments:

Post a Comment