Wednesday, 2 June 2010

Ziarah: Selamat pulang ustaz nisar

Bismillah

Hari ni, sebaik sahaja habis exam, aku terus menuju ke TonTon chicken untuk makan tgh hari/petang. Lebih kurang pukul 4.30 petang, aku sudah sampai di kedai tu. Selepas beberapa minit mengisi perut dengan ayam dan fries, aku berjalan2 di sekitar kawasan tersebut. Kelihatan masjid e-usman yang belum pernah aku kunjungi. Maka, aku ambik peluang yang ada hari ini untuk melihat isi rumah Allah tersebut. Cantik, tapi esok2 lah cerita ye.

Sebenarnya, hari ni aku bercadang melawat ustaz nisar yang akan pulang ke Malaysia bersama keluarganya. Dah lama rasenye nak melawat, tapi segan sungguh nak pergi sorang-sorang. Alhamdulillah, hari ni firdaus rahim datang untuk menziarahi beliau, maka aku pun tumpanglah sekaki. Dari kawasan masjid e-usman, aku belilah sebijik tembikai seberat 7.5kilo sebagai buah tangan. Tak tahu nak bawa ape lagi, nmpak tembikai besar tu, terus aku teruja.. maka balunlah satu.

Lebih kurang pukul 6.40petang, daus dan konco-konconye pun sampai dengan menaiki kereta merah yang tidak asing lagi. Aku yang penat menunggu pun terus menuju ke depan rumah abang mahyuddin sebab ustaz nisar dah xde rumah, maka tumpg kejap di rumah abangnye sebelum berangkat ke Malaysia. Aku ingat daus datang dengan 2, 3 orang je, rupenye penuh satu kereta tu yang datang dari nottingham. Sesampainya di rumah tu, kami disambut oleh ustaz nisar di depan pintu.

Ni anak ustaz nisar, Naim namanya

Ni dua orang anak abang mahyuddin, Kesian dua orang ni.. Kalau nak main sesama dorang jelah. Maka, depan kami memang lincah sungguh.

Dua orang abang bersama adik kesayangan mereka mawaddah. Lupe plak, yang merah tu namanya Muammar dan yang hijau namanya Aiman.

Seronok betul pergi rumah tu. Kerenah budak2 yang memang nakal, cukup menhilangkan rasa penat berkayuh basikal ke situ. Lepas bersembang2, kami dihidangkan dengan kue tiaw dan macam2 jenis buah-buahan. Rancak jugak perbualan tadi, dari isu palestin, sampai ke bola dan last2 sampai lah isu kahwin. Menunggu nasi minyak firdaus rahim ni.

Ustaz nisar yang belah kiri, tengah bersembang dengan abang fakhizan. Abang fakhizan ni baru sampai dari Malaysia. First time aku jumpa beliau.

Ni spiderman Junior.. Macam2 diorang ni. Biasalah excited orang datang. Macam aku kecik2.

Hazwan yang memang 3/4 cina ditanya oleh budak2 ni. "Abang tu cina ke" Haha.

Ustaz nisar baru hantar die punye kajian dan akan datang balik ke leicester selepas beberapa bulan. Manakala isteri beliau dan anak-anak akan terus menetap di Malaysia. Dah lama gak kak aini(isteri ustaz nisar) menjalani kehidupan di UK. Tak silap aku 8 tahun. Untuk pengetahuan korang, isteri beliau adelah seorang doktor. manakala, ustaz nisar adelah pensyarah dalam bidang undang2 kalau tak silap aku.

Walaupun rumah aku dekat je( xdelah dekat sangat) dengan rumah abang mahyudin, tapi amat jarang aku melawat diorang semua ni. Segan sangat kot aku ni. Undergrade di sini pun memang tak rapat dengan postgrade. Penempatan kami agak terpisah, maka amat jarang berjumpa. Ustaz nisar akan pulang ke Malaysia pada 8 jun ni, 7 hari je dari sekarang. Maka, sebelum berpisah, kami pun ambik gambar kenang-kenangan.

Budak2 yang lain semua dah masuk bilik masing2. Tido kot.
Gambar ditangkap oleh isteri abg Mahyudin.

Apepun, terima kasih atas layanan baik keluarga abang mahyudin dan ustaz nisar. Moga-moga bertemu lagi. Kepada daus, cha, hazwan, arip dan abang fakhizan, terima kasih kerana sudi datang leicester melawat ustaz nisar. Kalau korang tak datang, entah bile lah agaknya aku nak ziarah ustaz nisar.

Nilah kereta merah daus

Duduk di UK memang senang nak dapat kereta mewah-mewah. Cuma insurans die mahal sikitla. Ustaz nisar sendiri pun ade dua kereta mercedes. Satu bawak balik Malaysia, satu lagi jual kat orang UK. Memang murah harga kereta di sini.

Oklah, sekian untuk hari ni.
Salam.

No comments:

Post a Comment