Petang tadi, aku akhirnya kembali semula ke rumah setelah seminggu satu hari berada di tempat orang. Lawatan aku ke Ireland yang sepatutnya disertai oleh dua lagi rakan aku iaitu Herman dan York berakhir dengan kembara aku seorang diri. Herman yang tetiba sahaja ditangguhkan keputusan peperiksaannya, terpaksa berjumpa tutor beliau pada hari penerbangan kami. Maka, tanpa ada apa2 pilihan, beliau terpaksa mengorbankan tiket ke Ireland. Yorke yang patah hati dengan keputusan herman, memutuskan untuk tidak turut serta dalam perlancongan kami ke Ireland.
Aku yang sememangnya keras kepala dan kononnya berani, membuat keputusn untuk pergi ke Ireland seorang diri. Oleh kerana waktu penerbangan ke ireland adelah pada pukul 7++, maka aku tidur di airport Birmingham bagi memudahkan urusan sebelum masuk dlm kapal terbang. Setelah selesai menjamakkan solat maghrib dan isyak, aku berehat sebentar di kerusi sebelum menunaikan solat subuh. Waktu subuh yang sudahpun masuk pada 2.45 pagi menyebabkan aku agak berani untuk bersembahyg di tempat terbuka.
Dalam pukul 4.15 pagi aku sudah mula beratur untuk proses VISA dan jua check2 badan semua. Flight aku akhirnya bertolak jam 7.25 pagi menuju ke Dublin, Ireland. Sampai di Ireland, aku disambut oleh Fahmi RCSI sebab Usop IluvIslam ade kelas waktu tu. Oleh kerana rakan2 aku ramai yang sudah balik Malaysia, maka aku mintak pertolongan daus(notts) untuk cari sape2 yg aku boleh tumpah bermalam di rumah mereka. Akhirnya aku stay rumah Usop yang sememangnya sangat baik hati.
Walaupun sibuk, sempat beliau masakkan ayam panggang untuk aku. Betapa baiknya diorang ni dan sangat memuliakan tetamu.
Hari pertama, aku penuhkan masa dengan berehat dan menziarah beberapa rakan Fahmi. Malam tersebut, Usop beri aku peta Dublin dan terangkan macamne aku boleh pusing2 di tempat-tempat yang menarik disekeliling Dublin. Beliau yang sudah semakin hampir dengan Exam(medicine) tidak mungkin dapat menemani aku. Ditambah lagi kelas beliau yang bermula dari pagi hingga petang, menyebabkan aku serba salah menggangu beliau. Esoknya, mengembaralah aku seorang diri di KOTA DUBLIN.
Dihadapan university yang sangat cantik iaitu Trinity college. Antara tarikat di dublin kerana hasil peninggalan sejarahnya.
Aku terasa aku tengah buang tebiat kut waktu tangkap gambar ni. tetiba je mengepak di kawasan Dublin Castle ni.
Setelah puas berjalan pagi itu, aku mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di tengah2 bandar Dublin. Siapa sangka, di tengah kota Dublin terdirinya sebuah masjid yang bertujuan memudahkan umat Islam yang datang dari serata dunia. Menariknya, aku jumpa kawan aku (sewaktu di program GEMARAK) dalam masjid tu. Seusai solat jumaat, si Qidir ni jemput aku datang ke rumah die dan juga senior dia iaitu Muhaimin. Sebelum memenuhi jemputan itu yang akan diadakan lewat petang, aku sambung perjalanan aku melihat kota Dublin. Melihat beberapa persembahan jalanan.
Manusia berlakon menjadi patung. Antara persembahan yang sangat aku tertarik. Dia ni akan kaco orang yang lalu lalang. Macam sakat la.
Qidir akhirnya hantar mesej kepada aku untuk tunggu di suatu tempat. Sebelum pulang ke rumah, dia bawak aku jalan-jalan di RCSI yang menyematkan nama Wan Azizah yang merupakan seorang pelajar cemerlang di sana.
Nampak nama Wan Azizah Ismail? Satu-satunya nama pelajar Malaysia yang terukir di papan-papan RCSI. Mantap gile kut.
Sisa-sisa hari itu aku habiskan di rumah Muhaimin, butcher dan beberapa senior Qidir yang lain. Diorang ni baru habis periksa, maka buatlah jamuan sikit-sikit. Ramai lagi yang aku baru kenal macam fitri, safwan, Faez dan abang Mawardi(Bekerja di sini). Qidir dan beberapa rakannya yang lain akan bertolak ke Makkah keesokan harinya untuk menunaikan UMrah. Qidir jemput aku bermalam di situ namun aku rasa tak sedap hati kalau tak pulang ke rumah Usop malam tu. Agak kurang manis untuk aku berbuat sebegitu. Petang itu, aku terus balik ke rumah Usop jam 9.15 petang(maghrib kul 10 malam). Cukuplah untuk hari ini.
Esok kita cerita pula masjid2 di sekeliling Dublin..
Bersambung..
No comments:
Post a Comment