Thursday, 1 July 2010

Amira Mujahidah dan Malaysia

Bismillah.

Sekali lagi, sudah berabad aku biarkan blog ni seolah-olah tak berpenghuni. Bukan tak mahu update, tapi tak ade masa yang dapat diluangkan untuk mengupdate blog. Sebelum aku berangkat ke London, aku sempat singgah di nottingham jap untuk jumpa daus n the geng. Bukan apa, diorang ni tak akan pulang ke Malaysia untuk cuti summer ni. Atas sebab ini, aku pun membatalkan tiket ke london yang bernilai 1 pound je.

Sewaktu Izwan pegi ke Notts, die bagitahu yang ade seorang student nottingham yang baru bergelar ayah. Walaupun bukan senior aku di kolej, tapi aku kenal sebab selalu gak jumpa. Sewaktu di notts, sekali akmal amri pun ade kat rumah cha. Maka, lagi meriah lah notts tu. Sewaktu kami pergi ke surau universiti untuk menunaikan solat maghrib, terjumpa kawan Izwan yang sudahpun bergelar bapa. Maka, mintaklah izin untuk tengok anak die.

Amira mujahidah, nama diberi..
Keesokan harinya, kami pergi menziarahi beliau dan anaknya. Baru beberapa minggu je amira ni lahir. Aku yang akan bertolak ke london malam tu singgahla sebentar melihat baby yang comel bersama cha,daus, akmal batu dan akmal amri. Biar diorang ambik semangat sikit daripada ziarah kali ni. Tak sabo nak makan nasi minyak diorang.

Terlampau jelas bahawa bayi ini bukan keturunan si pemegangnya. Besar nanti, tengok balik gmbar ni ye amira.

Pak cik ni mungkin ada bau-bau bacang dengan bayi ni. Akmal(batu) ade hubungan saudara dengan mak bayi ni.

Majlis penyerahan bayi kepada cha sambil diperhatikan brother daus.

Ziarah kami ke rumah tersebut habis dalam 7.15 petang macam tu. Kami seterusnya bersiap-siap untuk pergi ke london. Sebelum tu, akan singgah sebentar di birmingham untuk ambik abang Cha. Diorang ni akan ikut aku ke airport keesokan harinya untuk ambik ayah dan adik diorang yang datang dari Malaysia. Dengan kata lain, aku tumpang diorang ke Heathrow Airport la nanti. Lebih kurang kul 2 pagi, kami pun sampai di london. Tidur di rumah Famy dan berjalan-jalan keesokan harinya.

Makan malam di birmingham

Di kota london untuk membeli belah. Bersama daus dan abang cha(adai)

Aku yang sepatutnya bertolak dar rumah jam 11 pagi, tetibe melambatkan perjalanan kami selepas mendapat mesej daripada Azizan. Azizan kata diorg akan smpai Airport dalam kul 1 tgh hari. Maka, aku rasekan kalau bertolak jam 12 tgh ari inshaAllah sempat. Sekali bila bertolak, abih jem kat banyak tempat. Memang gelabah sungguh la waktu tu. Tapi alhamdulillah sempat.

Kanak-kanak yang duduk sebelah aku sepanjang perjalanan dari London ke Cairo. Nakal tapi baik. Cuma last2 tu diorang tetibe berperang gune bantal.

London-cairo 4 jam
Cairo-Kuala Lumpur 10 jam
Kuala Lumpur-Teluk Intan berjam-jam

Antara pelajar-pelajar Malaysia turut sama pulang ke Tanah Air.

Akhirnya selamat gak sampai di rumah jam 12.30 malam.
Takde mood nak tulis dah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment