Boleh dikatakan hampir seminggu aku tak melekat di rumah. Perjalanan aku akhirnya berakhir di program BOOM SEMESTI yang memang sudah lama kami rancangkan. Hendak mewujudkan benda yang tiada atau baru, seamat-amatlah susah. 7 Bulan yang lalu idea ini dicetuskan dan akhirnya berjaya jugak dilaksanakan. Cabaran paling hebat sudah tentulah apabila nak mencari dan mengumpulkan fasilitator.
Bertolak dari rumah hari jumaat petang, aku singgah di pekan teluk intan dalam perjalanan menuju ke SEMESTI. Hari tu, memang tak ramai fasi yang datang lagi sebab program hanya akan bermula sabtu tengah hari. Yang ada malam tu hanya sopek, caom, reman, sogeh dan beberapa orang muslimat. Aku mintak diorang bincang tentang satu slot yang masih belum selesai iaitu eksplorasi pintar. Dan esoknya, bermulalah segalanya..
Slot bermula dengan talk mengenai erti berjaya sebenar dan juga perkongsian pengalaman dari Azian dan Lisa yang masing2 belajar di India dan Ireland. Habis je ceramah, terus dipecahkan kepada kumpulan2 dan LDK pertama pun bermula. LDK selama 1 jam setengah itu aku rasakan berjaya bila tengok diorang ni cam tak nak berenti je wat LDK walopun dah kul 4.50 petang. Alhamdulillah.
Seterusnya.. Eksplorasi pintar
Pada malamnya, brother Fadli Khairi yang kini sudahpun habis belajar di Russia pulak bagi talk. Bukan untuk tingkatan 5 je, tapi untuk semua pelajar SEMESTI. Aku bukan nak tipu, tapi memang sangat menarik talk beliau. Mana taknya, bekas debater SEMESTI kut. Pernah menjadi Johan Kebangsaan dalam perbahasan, memang mantap. Lepas berehat utnuk solat Ishak, LDK terakhir pula mengambil tempat.
Sekali lagi, LDK yang sepatutnya habis jam 10.45 tidak lansung dirasakan cukup bagi para peserta. Aku terpaksa berhentikan diorang dengan ucapan daripada Hilmi yang merupakan ketua umum ketika peserta2 ini masih bertatih di SEMESTI.
Program yang sepatutnya habis jam 11 akhirnya diakhiri jam 11.35 malam. Dan menariknya, aku terpaksa arahkan mereka untuk keluar dari surau tersebut. Dan arahan itulah penamat kepada aktiviti BOOM kami yang dijalankan dengan penuh santai. Tak sangka adik-adik ni begitu memberi sambutan kepada fasi2 yang datang. Aku, memang sgt2 lah seronok tengok muka diorang. Mana taknya, kali terakhir jumpa sume kecik2 lagi, sekarang memang dah besar.
Esoknya, selepas makan sarapan nasi lemak di DM, fasi mula beransur pulang. Tiada kata yang lebih indah utnuk diucapkan melainkan Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Fasilitator Sekalian. Mudah-mudahan aktiviti ini memberi seribu manfaat kepada kita semua InshaAllah.
Fasilitator2 yang tinggal pagi ahad bergambar kenangan dengan Cikgu Daud. Antara cikgu yang paling banyak membantu kami
Sekian untuk hari ni
Salam
No comments:
Post a Comment