Bismillah
Setelah tamat program BOOM 2010, aku sepatutnya akan lapang beberapa hari, sebelum bertolak ke Shah Alam untuk program predeparture MOC. Namun begitu, jangkaan aku amat meleset sekali apabila disibukkan dengan program lain yang tidak lnsung pernah masuk dalam jadual aku, sepanjang cuti musim panas. Sewaktu kembali ke SEMESTI untuk berbincang mengenai BOOM 2010, kaunselor dari kg Bahagia juga turut bersama dengan kami. X sangka pulak beliau akhirnya berminat dgn program tersebut.
Tapi oleh disebabkan kepayahan nak mengumpulkan fasilitator, aku mengambil pendekatan untuk buat kecil-kecilan je. Sementara Azian yang duduk di teluk Intan ade, aku mintak dia ni untuk bagi perkongsian sekali sebelum pulang ke India jumaat ni. Begitu juga Lisa yang duduk di Bidor. Sepatutnya yang selayaknya bagi ialah Bayern, sebab die bekas budk sekolah kg bahagia. Tapi sayangnye, mamat ni dah balik ke Australia minggu lepas. Jam 11.00 pg, segalanya bermula..
Program di Sekolah Kebangsaan Kg Bahagia akhirnya tamat pukul 1.05 tgh hari. Di akhir sesi itu, tetiba kaunselor dari sekolah st anthony pula datang menghampiri kami. Beliau yang berada di belakang memerhatikan perkongsian kami, tetibe menghulurkan jemputan untuk sekolah kelolaan beliau pulak. Tanpa banyak bicara, kami hanya memenuhi permintaan beliau untuk pergi ke St Anthony keesokan harinya pulak.
Lisa yang tinggal di Bidor membuat keputusan untuk bermalam di rumah Azian malam tu. Kali ni, program akan bermula awal pagi, jam 8.30 pagi. Aduih, tetiba pulak jadi penceramah bebas tengah cuti2 ni. Kalau di SKKB kami bebas bercakap mengenai Islam dan lebih mudah kerana semuanya orang melayu, tp di st anthony kami terpaksa berhadapan dengan 3 kaum yg berbeza2. Ditambah pulak semuanya pelajar lelaki. program berlansung dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.
Apapun, terima kasih kepada Azian dan juga Lisa yang sudi meluangkan masa untuk perkongsian bersama adik2 semua. Azian yang hanya pulang ke Malaysia selama seminggu betul2 mengisi masa yang ada dengan penuh manfaat. Memang Allah nak bagi peluang kepada dia ni untuk berbakti kepada orang ramai kut. Alhamdulillah.
Mudah-mudahan Allah terima amal ini..
Sekian untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment