Sunday, 18 July 2010

Reunion ke, jalan-jalan cari makan?

Bismillah..

Rabu lepas, rakan-rakan aku d semesti datang ke teluk Intan. Nasib baik ade bayern yang tolong aturkan, kalau nak harapkan aku memang tak mungkin berjaya kut. Walaupun hanyalah reunion kecil-kecilan, tapi sangat seronok jumpe kawan lama. Mana taknye, 5 tahun hidup sama-sama. Perjumpaan kali ni dihadiri oleh dua orang budak Ipoh iaitu Reman dan Baceh..

Bayern, kamal dan reman sewaktu tingkatan 1

Sogeh, baith baceh dan reman bila dah besar

Reman dan baceh, kedua-duanya ambik bidang perubatan. Reman sekarang sambung belajar di India manakala Baceh plak di Ireland, UK. Shauqi a.k.a sogeh pulak dah habis belajar dan sedang tunggu untuk masuk kerja. Hebat diorang ni semua, masing-masing ada cita2 yang tinggi. Perjumpaan tu bermula dengan makan tengah hari di restoran Sutera Indah yang menampilkan makanan sangat mahal. Aduih..
Bersama menu masing-masing

Masing-masing ambik menu yang berlainan. Ade la gak yang ambik menu sama. Aku yang kuat makan jadi tukang habiskan makanan orang-orang yang tak kuat makan. Masa kami di situ dihabiskan dengan bersembg je. Lepas habis sembang, kami menuju ke masjid Teluk Intan untuk menunaikan solat Zohor. Habis solat, cadangnya nak nengok wayang, tapi xde cite best, maka kami terus menuju ke kedai Secret Recipe untuk makan kek. Hari ni hari jadi Azizan, budak rumah aku.
HBBJ? kek sepotong pun boleh tulis..

Tak silap aku maksud die Happy Birthday BiJan

Tauke ladang, doktor, cikgu

Doktor, menteri pertanian, cikgu

Secret Recipe bukanlah kedai yang sesuai untuk melepak kerana Harganya yang sangat mahal. Aduih.. Tepat je kul 5.30 petang, kami menghantar Baceh ke stesyen bas sebab mamat ni akan ke Hong Kong beberapa hari lagi. Huhu. Takpe, minggu depan boleh jumpe lagi. Waktu yang masih ade kami gunakan untuk bersiar-siar di hospital teluk Intan. pelik kan?

malam tu, sambung makan. Tak sangka budak semesti ade nafsu yang sangat tinggi rupenya..

Melatak satay bumbung biru

Reman dan otak-otaknya. Patutlah pandai..

Keesokan harinya, Rakan yang duduk sebelah aku di sekolah, firdaus a.k.a Caom datang pulak dari Tg Malim. Makin tua, makin bergaya si Caom ni. Itu tak penting, yang penting kawan2 aku masih memaintainnkan diri dengan tabiat lama iaitu suka makan. Pagi tu kami breakfast di KFC. Hebat kan?.. Makan petang pulak kat Pizza Hut. Menakjubkan? Haha..
Caom n the geng di Pizza Hut

Aku baru perasan rupe-rupenya tak banyak sgt gambar dalam kamera aku..
Sekian untuk hari ni..
Salam

Jemputlah datang lagi,,

No comments:

Post a Comment