Bismillah..
Tak taulah kenapa, tapi tetibe aku nak tulis pasal budak DORM aku. Pertemuan kami di SEMESTI baru-baru ni mengubat rindu setelah 4 tahun meninggalkan sekolah. Form 1 dengan form 2 aku tak pernah dorm dengan diorang. Kelas pun lain2. Tapi dari form 3 sampailah form 5 kami duduk dalam dorm yang sama malah katil dekat-dekat lagi tu. Baith punye katil atas aku manakala sopek plak tepi katil baceh. Ni dia budak2 dorm aku dulu..
Walaupun diorang ni nakal, tapi bila bab study memang diorang gempak. Aku kalau sopek mungkin leh lawan lagi, tapi baceh memang tak mampu aku nak lawan. Tapi dorm dengan diorang menyebabkan aku lebih semangat nak study lebih kuat. Tapi dalam masa yang sama, banyak gak bende nakal yang diorang ajar aku sepanjang 3 tahun berada di SEMESTI.
Sekarang, kami semua sudah jelas dengan cita-cita masing2. Alhamdulillah, kami semua berjaya mendapatkan biasiswa dalam bidang yang berlainan. Aku sekarang belajar di UK dalam bidang Matematik, Sopek kat UTP ambik Engineering dan Baceh kat Ireland ambik Medic. Alhamdulillah, kami bertiga akhirnya dipertemukan kembali di BOOM 2010. Masing2 sudah semakin matang dan professional. Haha.. Tipu je.
Sama je diorang cam dulu
Mudah-mudahan hubungan ini berkekalan sampai bila2. Bertemu dan berpisah kerana Allah InshaAllah. Hanya kami bertiga dan Arman Husni yang tinggal di sekolah sampai tengah hari. Lama gak bersembang. Akhirnya kami pergi ke rumah Lisa dan pulang kembali ke rumah masing2 jam 2.30 petang.
Semoga berjumpa lagi.
Sekian..
No comments:
Post a Comment