Bismillah
Sepanjang minggu lepas, kami pelajar first year agak sibuk untuk hari kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak University of Leicester. Antara persembahan yang dipersembahkan adelah dikir barat, kuda kepang dan silat. Selain itu, Malaysian Society turut menghantar wakil untuk menjual makanan2 Malaysia di University pada hari khamis.
Hari Khamis tersebut, selepas habis kelas kul 11 pagi, maka aku pun pegila Queen's Hall untuk tengok ape yang diorang ni jual. Budak2 pempuan yang uruskan bab2 makanan ni. Antara makanan yang dijual ialah mee kari, roti jala, nasi lemak, karipap dan kuih keria. Karipap tu ade la 3 jenis iaitu vegetarian, x vegetarian tp pedas dan x vegetaran ditambah dgn pedas. Lili tai tokey karipap berjaya menarik ramai pelanggan dan memg laku kuih karipap die.
Tapi kuih keria die agak gagal..
Boleh dikatakan banyak student Malaysia yg berkumpul kat gerai tu.. Ade gerai2 lain dari Perancis, Afrika, Turkey, pakistan dan lain2. Aku yg kuat makan ni hanya beli nasi pilau punjabi dr gerai pakistan. Nak beli malaysia punye makanan tp dah slalu sgt rase. Bagila org putih yg rase.
Keesokan harinya, cultural nite pula berlansung di tempat yg sama iaitu Queen's Hall. Aku hanya masuk utk persembahan dikir barat. Itupun main alat muzik. Tu je pun bakat yg aq ade. Sebelum persembahan kami diberi tempat persediaan di bawah tanah. Aku malas nak naik atas tengok persembahan2 lain sebab tengok gaya macam maksiat sangat je.
Memg betul pn maksiat je banyak. Ade persembahan di mana pempuan tu menari sorang-sorang dengan ala2 baju renang je. Ni lili tai yg bgtau aq. Die siap kata"ko janganlah tengok persembahan tu izuan, aku pun tak tau apa yang diorang tutup". Sewaktu kami naik atas untuk wat persembahan, ade laluan tu, sebuah pasukan sedang berlatih. Nak tahu diorang pakai ape?
6-8 orang gadis pakai baju renang je sambil menari2.. Ni bukan baju renang muslimah mahupun yg sampai lutut tu. Ni lebih dahsyat lagi. Aduih..
Bile dilihat balik, sebenarnya kebanyakan persembahan tak melambangkan sangat pun budaya masing2. Ade negara yang hanya wat fashion show je. Malaysia paling semangat pun.
Lepas habis kami punye persembahan, aku terus balik naik kete firdaus rahim menuju ke kedai makan. Banyak je orang Malaysia(Islam) yg stay. Aku secara jujurnya berpendapat, Malaysia(muslim) tidak lagi perlu menghantar wakil untuk majlis2 sebegitu.. Tiada lansung sebab utk majlis2 sebegitu? Mempromosikan budaya Malaysia?
Jika kita melakukan segala2nya semata-mata utk mencari keredhaan Allah, maka lakukanlah dgn bersungguh-sungguh. Banyak perkara yang tidak lansung membawa kita ke syurga, malah terlampau mudah merapatkan kita dengan neraka.
Syurga bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian...
apa gagal2? abes jerr jual abes sume kuih satu pun xtinggal okayyy
ReplyDeleteweyh ada ke aku ckp kat hang gitu? tp mmg btol la mlm tu. kawan2 locals aku dok paling depan skali. depa buat gaya terangsang mcm2 la.
ReplyDeletetahun depan ko nak buat tarian apa? ak main kompang je ek